KEPUTUSAN PMR 2009

Pada hari Khamis, 24 Disember 2009 menyaksikan kemeriahan penantian keputusa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2009. Kehadiran ibu bapa, penjaga dan pelajar bermula seawal pukul 8.30 pagi. Namun demikian, pengumuman hanya dapat dibuat kira-kira pada pukul 10.45 pagi.

Alhamdulillah, terdapat banyak juga peningkatan yang berjaya kita peroleh. Seramai 18 orang calon berjaya memperoleh 9A manakala 14 calon pula berjaya memperoleh 8A. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jagan sekali-kali berputus asa, cuba dan cuba lagi...insyaALLAH kita tetap akan berjaya andai kita tidak sekali-kali berputus asa.

Tahniah juga kepada rakan-rakan guru dan semua staf yang telah bersama-sama ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pendidikan negara terutama di SMK Agama Bandar Penawar. Semoga Allah memberi kudrat dan tenaga serta idea yang lebih mantap untuk kita perkasakan lagi pencapaian sedia ada, InsyaALLAH...

CALON SMKABP BERJAYA KE DARUL QURAN!!!

Alhamdulillah...dengan penuh rasa syukur saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana usaha UBK membantu permohonan pelajar untuk Program Tahfiz Darul Quran berjaya membuahkan hasil. Seramai 3 orang daripada 11 orang calon yang layak menduduki sesi temuduga telah berjaya menempatkan diri di institusi agama hebat seperti ini.

Sekalung tahniah dan ucapan semoga mereka terus berjaya ditujukan kepada :
1. MUHAMMAD HAFIZUDIN B. HJ ISHAK
2. NUR SYARIZA BT ABDUL JALIL
3. NUR SYARINA BT ABDUL JALIL


Semoga detik 20 Disember 2009 yang merupakan hari pertama anda menjejak kaki ke menara ilmu dunia dan akhirat ini akan membuahkan hasil yang kita semua harapkan. Harumkan nama SMKABP sebagai institusi pendidikan unggul...insyaALLAH...

KEM REMAJA CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum Wbt....

KEM REMAJA CUTI SEKOLAH....
KBM SSQ+5R....
9 - 12 Disember 2009
Impian Country Resort, Batu 14, Hulu Langat.

terbuka kepada semua remaja MALAYSIA berumur dari 13-16 tahun....

sila Daftar ONLINE atau DOWNLOAD BORANG pendaftaran di Blogspot kami...
untuk maklumat lanjut sila layari laman web ini:

http://kbm-ssq-5r.blogspot.com

alamilah kelainannya............

AMANAT GURU UNTUK SEMUA CALON...

Berikut merupakan ucapan wakil guru untuk semua calon SPM & STPM 2009.Ucapan ini diwakili oleh Ustazah Salwidani bt Mutalib.

DETIK-DETIK AKHIR SEBELUM MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN...






Akhirnya 18 November 2009 tiba jua. Pagi yang tenang menyaksikan calon-calon STPM & SPM masuk juga ke dewan keramat memperjuangkan ilmu yang dipelajari selama ini. Sebelum calon masuk ke dewan, pihak sekolah telah mengadakan upacara ringkas untuk semua pelajar. Bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Asfarizan b. Pungut di samping ucapan ringkas oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh Maimunah bt A. Rahman. Sebelum calon masuk ke dewan, wakil calon iaitu Sdra Mohd Dzafruddin b. Baharom telah mengalunkan azan sebagai pembakar semangat untuk semua calon.

AMANAT AKHIR MENTOR UNTUK MENTEE





Pagi Isnin 9 November 2009 merupakan pertemuan terakhir secara rasmi semua mentor dan mentee calon SPM dan STPM. Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan terakhir secara rasmi memandangkan peperiksaan SPM dan STPM akan bermula pada 18 November ini.

Semoga pertemuan tersebut banyak memberi manfaat kepada pelajar dan membantu guru-guru dalam mendekati dan memberi bimbingan terbaik kepada semua pelajar.

PROGRAM RESTU ILMU CALON-CALON SPM & STPM





Menjelang hari peperiksaan yang semakin hampir pada 18 November 2009, UBK dengan kerjasama Penyelaras Kecemerlangan Pelajar Menengah Atas telah mengadakan Program Restu Ilmu pada kira-kira pukul 10.00 pagi di Surau Al-Falah.

Dalam program ini, amanat dan pesanan guru-guru termasuklah pentadbir dan Tuan Pengetua telah disampaikan selain amanat daripada Tuan Pengarah Pelajaran Johor, Tn. Hj Sufaat b. Tumin.

Diharap semua calon akan lebih bersemangat dan bersedia dalam menghadapi detik-detik penting mereka. Doa kami guru-guru, semoga semua calon dapat menjawab dengan tenang dan baik seterusnya berjaya di dunia dan akhirat InsyaALLAH...

MAJLIS PENGANUGERAHAN MALAM 1000 BINTANG


Pada 13 November lalu, bermula kira-kira 8.15 malam, warga SMKABP telah mengadakan Majlis Penganugerahan Malam 1000 Bintang. Majlis ini diadakan sebagai majlis jamuan akhir tahun di samping memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah banyak menyumbang bakti kepada sekolah. Semoga kemeriahan majlis ini akan berterusan seiring dengan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar yang cemerlang, InsyaALLAH...

PROGRAM SELEPAS PMR - MINGGU BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL





Tanggal 9 hingga 12 November menjadi saksi giliran Bidang Teknik & Vokasional pula mengendalikan Program Selepas PMR. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Program Pesta Jualan selama 2 hari yang cukup meriah, diikuti dengan gotong-royong perpindahan Makmal ERT ke bangunan baru serta taklimat mata pelajaran. Sedikit bingkisan daripada aktiviti tersebut...

PROGRAM SELEPAS PMR - MINGGU BIDANG SAINS & MATEMATIK



Pada 2, 3, 4 dan 13 November lalu, giliran Bidang Sains dan Matematik menyambung giliran mengendalikan Program Selepas PMR. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Keceriaan Makmal dan Landskap Sains serta aktiviti taklimat mata pelajaran aliran sains. Berikut merupakan sedikit rakaman peristiwa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

TIPS-TIPS MENGHADAPI STRES MENGIKUT PANDUAN ISLAM

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya padamu(Muhammad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini dekat dengan mereka.Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa pada-Ku.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintah-Ku dan beriman pada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran".(al-Baqarah:186)

Peperiksaan SPM semakin hampir dengan kita. Tarikh 18 November menjadi tarikh keramat penting bagi anak didik saya dalam kalangan tingkatan lima dan enam. Tidak banyak yang dapat saya bantu mereka dalam menghadapi getaran masa yang semakin mendesak. Berikut, saya kongsikan sedikit panduan menghadapi stres mengikut ajaran agama kita, Agama Islam. Moga dapat membantu kita semua dalam menghadapi cabaran kehidupan yang telah lalu, hari ini dan akan datang. InsyaALLAH...

BERSYUKURLAH

Kepada Allah s.w.t pada waktu dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan hidayah daripada Allah s.w.t.Eloklah kiranya kita muhasabah diri dan amal kita serta tindak tanduk yang kita lakukan kerana manusia yang CEMERLANG mampu menghitung dirinya tanpa perlu dipaksa apatah lagi menunggu saat perhitungan di hadapan Allah s.w.t.Sebab itu manusia yang CEMERLANG akan sentiasa menghitung dirinya kerana perhitungan bagi orang cemerlang bukan sekadar mendapat kebahagian di dunia bahkan MELIHAT POTENSI untuk akhirat.

Oleh itu, marilah sama-sama kita BERTAQWA pada Allah dan TAKUTLAH UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah yang membawa kepada dosa besar kerana di hujung maksiat itu ada AZAB Allah yang menanti.Cintalah kita untuk melakukan KEBAIKAN walaupun sebesar kuman kerana di hujung KEBAIKAN ada SYURGA Allah menanti.

1. BERDOA
Kita di galakkan untuk berdoa di penghujung solat ketika sujud yang terakhir kerana sujud merupakan satu tempat paling DEKAT dengan Allah s.w.t.Ketika inilah peluang kita untuk MEMINTA KEJAYAAN yang diberkati Allah s.w.t.Selain itu juga kita digalakkan untuk melafazkan DOA pada satu pertiga malam kerana waktu inilah waktu terapi stres yang paling sesuai untuk kita.

2. WIRID / ZIKIR.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-ra'd ayat ke-28 yang bermaksud:

"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang/tenteram"

Secara psikologinya kita hanya mampu untuk fokus dalam pembelajaran hanya 45 minit sahaja.Alangkah bijaknya kita sekiranya kita berhenti seketika sebelum menyambung semula selepas 45 minit itu dengan BERZIKIR.Dalam hadith soheh Rasulullah s.a.w bersabda:

"Ada dua kalimah yang mudah untuk kamu sebut dengan lidah,tetapi berat timbangan di sisi Allah dan dua kalimah yang sangat dikasihi Allah s.w.t,dua kalimah itu ialah subhanallah wa biham dihi,Subhanallah hil a'zim"

InsyaAllah kita akan mendapat gelaran orang yang cemerlang di sisi Allah s.w.t dengan mengamalkan zikir ini kerana di samping kita mengejar dunia kita juga melihat potensi diri kita di akhirat.

3. MEMBACA AL-QURAN

Al-Quran dapat membuka pintu HIKMAH,KETENANGAN dan juga pintu HIDAYAH.Rasulullah s.a.w membuat empat perbandingan;

i)Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti buah limau yang baunya sedap dan rasanya sedap. Nabi bandingkan dengan buah limau adalah kerana buah limau di luarnya nampak cantik dan di dalamnya juga cantik.

ii)Orang mukmin tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma,rasanya manis tapi tiada bau.Dia mampu untuk menjaga dirinya tapi tidak mampu untuk memberi manfaat pada orang lain.

iii)Orang munafik baca Al-Quran adalah seperti minyak wangi,baunya wangi tetapi tak boleh hendak dimakan dan tidak memberi sebarang manfaat.

iv)Orang munafik yang tidak membaca Al-Quran adalah seperti buah peria yang rasanya pahit serta tidak mempunyai bau.Kepada dirinya pun dia tidak memberi kebaikan, inikan pula hendak memberi manfaat pada orang lain.

4. MENGEKALKAN DIRI DENGAN WUDHUK
Kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dalam wudhuk. Para malaikat juga suka pada orang yang berwudhuk dan para malaikat akan berdoa memohon keampunan pada Allah terhadap orang yang berwudhuk. InsyaAllah,tanpa dosa sudah tentu diri kita akan berada dalam keadaan tenang. Oleh itu,sebelum kita mengulang kaji pelajaran, sama-samalah kita melatih diri kita untuk berwudhuk terlebih dahulu supaya kita mendapat ketenangan dan mudah untuk ingat apa yang kita baca.

Akhir sekali,marilah sama-sama kita berdoa agar kita menghadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan dan keyakinan serta diberkati dan diberi pertolongan daripada Allah s.w.t.Dalam satu hadith qudsi Allah berfirman yang bermaksud:

"Aku ini berada pada sangkaan hamba-Ku pada-Ku"

Kalau baik sangkaan kita pada Allah, maka baiklah Allah pada kita.Andai kata kita tidak yakin maka itulah yang kita akan peroleh.Adab kita berdoa hendaklah penuh dengan pengharapan dan keyakinan.

Sekian, semoga perkongsian ini dapat meredakan ketegangan minda dan emosi kita semua. Wallahualam...

IKTIBAR UNTUK KITA SEMUA...

Waktu gempa bumi di Padang menyamai 3 nas al-Quran


Kejadian suatu kebetulan yang perlu kita renungkan, insaflah kita umat ingkar suruhan Ilahi bahawa segala kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Begitu juga dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci Al-Quran Al Karim.

Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa). Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud:
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud:
"Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)."

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud:
"(keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya."

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka. Dengan pelbagai kebetulan yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita.

Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? Mungkinkah kita tidak peduli atau mentertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW?
Semua terpulang kepada kita. Manusia bukan makhluk tunggal di muka bumi ini. Manusia bersama makhluk lain yang juga memiliki hak sama untuk dapat hidup mengikut sunnatullah yang ditetapkan Allah SWT. Walaupun alam dengan isinya mungkin ditundukkan oleh manusia dengan ilmu pengetahuan, tidak bererti alam harus tunduk kepada manusia. Alam tetap patuh dan pasrah (Islam) kepada Allah.
Alam dengan segala isinya memiliki kehidupan sendiri. Harus disedari, kita dan alam memiliki hak yang sama untuk mengabdikan kepada Allah, tentu saja dengan cara sendiri. Sebenarnya sesama makhluk Allah, kita harus dapat harmonikan kehidupan dengan alam. Jika tidak, berlaku ketegangan, pertembungan dan saling menghancurkan.

Antara yang perlu kita perhatikan disebut Al-Quran tasbih bumi iaitu bumi juga makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Orang bertasbih menyucikan Allah daripada segala perbuatan yang tidak sewajarnya. Kata Subhanallah yang selalu kita lafazkan selepas solat bererti Maha Suci Allah dengan segala sifat dan perbuatan-Nya.

Ilmuwan Muslim, Zaghlul an-Najjar, dalam bukunya Shuarun min Tasbih al-Kainaat Lillah (Ketika Alam Bertasbih) menyatakan: Al-Quran menegaskan langit dan bumi dapat berbicara, menangis dan berasa sakit serta pedih.

Riwayat daripada Nabi SAW yang menjelaskan makna Surah al-Zalzalah, ayat 3, yang mengatakan: Pada hari itu bumi menceritakan. Baginda bertanya: "Tahukah kamu beritanya?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih tahu." Baginda berkata: "Sesungguhnya berita ia (bumi) bersaksi atas hamba atau umat yang berada di atasnya. Ia (bumi) berkata, melakukan ini pada hari ini, begini dan begitu." (Riwayat at-Tirmizi).

Amat mengelirukan jika kita menganggap bumi sebagai benda mati yang tidak memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Jelas bahawa bumi tempat kita berpijak selalu bertasbih dan berdialog kepada Allah SWT. Bumi mensucikan Allah dan memuji-Nya dengan cara yang tidak kita ketahui. Apakah akan terjadi jika manusia yang hidup di muka bumi ini tidak bertasbih kepada Allah?
Betapa seksanya bumi menampung manusia kufur, berdosa, bermaksiat dan melupakan Allah. Bumi berasa berat dan menanggung beban yang tidak tertahan kerana dipijak manusia yang derhaka dan berdosa. Gempa adalah reaksi bumi. Kita memerlukan pendekatan teologi dan spritual. Gempa membuat manusia sedar bahawa selain manusia, langit dan bumi berserta apa yang ada di dalamnya juga makhluk Allah yang memiliki hukum dan kehidupannya sendiri. Bumi agak marah kepada manusia yang tidak pernah tersedar, kufur, dan ingkar kepada Allah.

Firman Allah bermaksud:
"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban (yang dikandungnya), dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini?)" (Surah al-Zalzalah : 1-3)

Maka kita sebagi umat Muhammad SAW yang ditinggalkan dengan syariat dan Al-Quran sebagai mukjizat, sunnah sebagai panduan dan seharusnya menjadi ikutan sewajarnya menginsafi diri kita atas segala perbuatan kita. Moga Allah membuka pintu keinsafan kepada kita seterusnya membuka lorong-lorong keimanan untuk kita semua.

MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR; SALAH SIAPA?

SALAH SIAPA apabila pelajar kita gagal mengikut peraturan yang telah ditetapkan? Adakah kerana peraturan yang dibentuk oleh manusia itu terlalu lemah?

Pada minggu ini, saya fikir Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling adalah antara yang paling sibuk. Unit Kurikulum dan Peperiksaan juga sebenarnya tidak henti dengan pelbagai tugasan memandangkan pada waktu ini peperiksaan akhir tahun sedang dijalankan.

Semalam (Khamis, 5 November 2009) terdapat sepasang suami isteri datang ke bilik kaunseling untuk membincangkan tentang anaknya. Mmm...risau juga sebenarnya menghadapi kehadiran ibu bapa atas dasar sebegini. Adakalanya ibu bapa agak emosional dalam menghadapikaernah anak-anak. Namun, alhamdulillah perbincangan berlangsung dengan baik dan telahpun diuruskan. Rasanya tidak perlu saya membincangkan apakah yang berlaku kepada pelajar tersebut di sini.

Sebenarnya bermula 14 Oktober lalu hinggalah 20 November nanti, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sedang menjalankan Program Selepas PMR. Hal ini bermakna, kami berdua sangat sibuk tetapi mujur juga kerjasama guru-guru lain banyak meringankan beban kami. Justeru, apabila berlaku kes disiplin dalam kalangan pelajar pada waktu ini, aduh...tak menang tangan dibuatnya walaupun kami bukanlah pengurus unit disiplin secara langsung. Tetapi, walau apapun kami tetap bertanggungjawab dalam hal ini.

Melihat kepada senario yang berlaku kepada pelajar-pelajar di sekolah ini, kenyataan orang bahawa pelajar SMKABP pelajar pandai dan terpilih ditambah dengan pembelajaran agama menjadikan mereka pelajar yang pintar dan baik, sebenarnya kurang tepat. Saya masih ingat lagi kata-kata yang diberikan kepada saya apabila saya dihantar bertugas di sekolah ini dulu. "Takpe, pelajar SMKA tak banyak masalah. Pelajar pandai-pandai..."

Tapi realitinya? Saya fikir, hanya mereka yang pernah bertugas di sekolah ini saja yang benar-benar faham bagaimana karenah anak didik kita di sini. Bukan merungut sebaliknya saya sangat bersyukur kerana memang tidak dinafikan beban masalah pelajar di sini tidaklah serancak kes disiplin di sekolah harian biasa. Namun, cabarannya tetap ada...

Di sekolah ini, amalan keagamaan sememangnya diterapkan dengan sistematik. Bermula dengan solat berjemaah, amalan-amalan sunat dan pembudayaan amalan penghayatan Al-Quran juga sangat hebat! Tetapi, mengapa masih terdapat pelajar yang bermasalah disiplin? Kalau hendak mengambil kira tugas guru, warden, barisan pentadbir dan semua pihak, rasanya sudah lebih daripada mencukupi. PIBG juga memberikan sokongan yang cukup baik. Masalah sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti bukanlah masalah utama. Kadang-kadang terfikir juga, apa lagi agaknya yang pelajar-pelajar ini mahu?

Mungkin inilah cabaran mendidik generasi sekarang untuk menentukan pembangunan manusia sebagai generasi akan datang. Bukan mudah tetapi sebenarnya boleh dilakukan. Tanggungjawab yang berat tetapi sebenarnya masih boleh dipikul.

Pada waktu ini, saya dan rakan-rakan guru yang lain sebenarnya masih mengharapkan kesedaran dalaman daripada pelajar-pelajar. Bangunlah anak didikku, bangkitlah daripada mimpi-mimpimu...masa depanmu menanti untuk dipimpin dan dikejar. Usah lagi bermimpi di siang hari, takut nanti kita tidak lagi berpijak di bumi nyata...

Harapan akan terus menjadi harapan... Moga ALLAH SWT mempermudahkan jalan untuk kita semua...

AL-FALAH DINNER NITE

Pada malam ini bertempat di Desaru Golden Hotel, semua warga Kelab Al-Falah yang terdiri daripada barisan pentadbir, guru-guru dan staf SMKABP akan mengadakan Majlis Makan Malam 2009. Semoga majlis akan meriah dan mengeratkan silaturrahim semua yang terlibat, insyaALLAH...

BERCINTA vs BELAJAR ; YANG MANA PERLU DIDAHULUKAN?


Gambar ini merupakan salah satu dariada 'resipi percintaan' pelajar SMKABP. Ianya diperbuat daripada polisterina yang diberikan kepada pelajar untuk membuat kerja-kerja mencantikkan makmal sekolah. Malangnya, amanah yang diberikan disalah guna hingga terhasil 'tanda cinta' sedemikian. Oleh itu, apakah pandangan anda?

Adakah betul atau sebaliknya tindakan seseorang pelajar mempunyai hubungan perasaan lebih daripada kawan terhadap rakan berlainan jantinanya yang lain misalnya lelaki dengan perempuan, perempuan dengan lelaki. Apa yang saya paparkan hanyalah bukti kecil yang saya peroleh. Hakikatnya, di bilik saya terdapat pelbagai lagi surat dan kad cinta pelajar tidak kiralah pelajar tingkatan 5, 4, 3, 2 mahupun seawal tingkatan 1 sudah mula pandai bercinta. Bahasa yang berbunga, panggilan ayg, syg, abg, bie, kanda, dinda dan entah apa lagi yang adakalanya membuat saya tergelak, mual, loya, sedih dan risau.

Saya fikir, guru-guru di sekolah lain juga berhadapan dengan situasi yang sama. Cuma mungkin bezanya ialah gaya percintaan anak didik kita ini. Persoalannya, apakah faedah bercinta kepada pelajar? Bukankah fokus utama yang patut diberikan pada waktu ini adalah terhadap pelajaran?

Sebenarnya dalam banyak hal saya cuba bersikap fleksibel dan menerima keadaan pelajar seadanya mereka. Pandangan saya ialah tidak salah bercinta asalkan tidak mengabaikan pelajaran. Namun malangnya, hakikat yang berlaku apabila seseorang pelajar itu bercinta, maka perkara berikut akan berlaku :
1. Prestasi pelajaran merosot akibat hilang tumpuan belajar
2. Cenderung melakukan kesalahan disiplin terutama bagi pasangan satu sekolah kerana selalu berjumpa berduaan
3. Kekerapan berbohong meningkat dengan mendadak kerana hendak menyembunyikan kesalahan
4. Sering berkhayal hingga mengakibatkan banyak tugasan tidak dilakukan dengan sempurna atau selalunya yang lebih teruk, tidak buat langsung!
5. Masalah disiplin bertambah seperti membawa telefon bimbit, ponteng kelas, bercumbuan...banyak lagi la...

So, apakah sebenarnya yang sewajarnya kita lakukan? Parents nowadays pun blh tahan... cakap anak2 lebih betul & laku daripada cakap kita. Ntahla...

SEKITAR PROGRAM SELEPAS PMR






Program Selepas PMR telah sedang dan akan berlangsung bermula pada 14 Oktober lalu hingga 20 November nanti. Berikut merupakan sebahagian rakaman peristiwa yang telah berlaku sepanjang program dijalankan.

TEMUDUGA DARUL QURAN BAGI PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN SESI 2010/2011.

Senarai pemohon yang layak ke sesi temuduga adalah seperti berikut :
1. Muhammad Azim bin Mohd Bahrin
2. Yatnokarno bin Mohd Amin
3. Abdul Muiz Fathi bin Md Abas
4. Muhammad Hafizuddin bin Ishak
5. Mohamad Syafik bin Ali
6. Nur Syariza bt Abdul Jalil
7. Nur Syarina bt Abdul Jalil
8. Afza Amalina bt Nordin
9. Syahirah Zafirah bt Sukardi
10.Siti Salihah bt Saleh

Calon-calon akan menjalani sesi temuduga kelayakan meliputi aspek-aspek berikut :
1. Ujian Kelayakan Akademik oleh panel penilai UIAM
2. Ujian Hafazan Al-Quran oleh panel penilai tahfiz Al-Quran

Sesi temuduga akan dijalankan berdasarkan ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Oktober 2009
Hari : Isnin
Pusat Temuduga : SMKA Johor Bahru


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON DAN SEMOGA BERJAYA DALAM SESI TEMUDUGA TERSEBUT.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK / VOKASIONAL SESI 2010

Permohonan kemasukan ke sekolah menengah teknik / vokasional telahpun dibuka. Permohonan secara online boleh dibuat menerusi pautan http://apps.emoe.gov.my/esptv/sptv2009/ hingga 4 Januari 2010.

Permohonan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menduduki peperiksaan PMR pada tahun 2009.

KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN DI POLITEKNIK KPT SESI JANUARI 2010

Permohonan kemasukan ke Program Pengajian di Politeknik KPT Sesi Januari 2009 telah mula dibuka. Berikut merupakan paparan iklan kemasukan tersebut.



Untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut.

KEMASUKAN PROGRAM SIJIL SEPENUH MASA KOLEJ KOMUNITI

Permohonan kemasukan pelajar sepenuh masa Program Sijil Kolej Komuniti Sesi Januari2010 telahpun dibuka. Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut :
1. Multimedia Kreatif (Animasi)
2. Teknologi Pembuatan Bersepadu
3. Automotif
4. Pelukis Pelan Senibina
5. Penyenggaraan Bangunan
6. Teknologi Elektrik
7. Sistem Komputer dan Sokongan
8. Hotel dan Katering
9. Fesyen dan Pakaian
10. Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
11. Teknologi Pembinaan
12. Teknologi Maklumat
13. Perakaunan Perniagaan
14. Multimedia Kreatif (Pengiklanan)
15. Penyejukan dan Penyamanan Udara
16. Pelancongan dan Pengembaraan
17. Rekabentuk Dalaman
18. Landskap dan Pengurusan Nurseri
19. Kecantikan dan Dandanan Rambut
20. Bakeri dan Konfeksionari
21. Industri Seramik
22. Teknologi Pembuatan Perabot
23. Agro Teknologi

SYARAT KEMASUKAN
Warganegara Malaysia yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus Bahasa Melayu. Pelajar lepasan Sekolah MenengahTeknik dengan aliran vokasional digalakkan memohon.

CARA MEMOHON
1.Permohonan secara talian (online) dengan mengisi e-Borang di http://www.spkk.edu.my
2.Pemohon perlu mempunyai no. PIN yang boleh dibeli di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6.00.
3.Permohonan menggunakan borang pada harga RM6.00 yang boleh didapati di semua Kolej Komuniti KPT mulai 13 September 2009 sama ada dengan pembelian sendiri dengan membawa wang pos RM 6.00 atau pembelian secara pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 25.4 cm x 38.1 cm beralamat sendiri dengan setem RM1.00. Tuliskan di bahagian atas bermula dari penjuru kiri sampul surat tersebut 'Permohonan Masuk ke Kolej Komuniti' dan kirimkan ke Kolej Komuniti berdekatan.

Program Sijil Kemahiran Khas (Hotel dan Katering)
Program berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Percantuman Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM di alamat berikut :
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88849190

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Jumaat, 13 November 2009

KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan boleh mula disemak mulai hari Isnin, 23 November 2009

PERTANYAAN PENGAMBILAN & KEPUTUSAN PERMOHONAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi :
Pengarah
Bahaga Pengambilan Pelajar
Sektor Pengurusan Kolej Komuniti
Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 8, Heritage Office Tower
Jln SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
No. Tel : 03-89394114 / 4164 / 4166 / 4365 / 4143 / 4161

atau menghubungi Unit Ha Ehwal Pelajar mana-mana Kolej Komuniti KPT.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD)

Permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) sedang dibuka sekarang hingga 25 September 2009.

Syarat Permohonan :
1. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2009.
2. Syarat-syarat kemasukan ke Maktab Tentera Diraja (MTD) adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Jantina - Lelaki.
c. Tinggi minimum - 152 sm.
d. Berat minimum - 40.5 kg.
e. Body Mass Index (BMI) - 18 sehingga 27.
f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
g. Penglihatan - Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak
melebihi 6/12.
h. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri
jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.
i. Terbuka kepada pelajar lelaki yang akan menduduki peperiksaan PMR 2009.
Permohonan boleh dibuat berdasarkan keputusan peperiksaan Percubaan PMR 2009.
j. Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab
Tentera DiRaja dan menduduki Ujian Khas MTD sebagai prasyarat Kemasukan ke
Tingkatan 4 di Maktab Tentera DiRaja.
k. Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD
akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD.
l. Pelajar yang berjaya dalam Temuduga Akhir MTD tersebut akan ditawarkan
pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2010 dengan syarat keputusan PMR
sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

Cara Memohon :
1. Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) melalui laman web MTD menerusi pautan berikut :
http://www.rmc.edu.my/
*klik pada Kemasukan MTD dan download borang permohonan

2. Bagi pemohon yang memohon borang permohanan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:

Sel Pemilihan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KUALA LUMPUR

3. Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD dijalankan.

4. Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 25 Sept 2009. Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

5. Sekiranya tiada jawapan sehingga 27 Nov 2009, permohonan dianggap tidak berjaya.

PROSES PENGIRAAN MARKAH UJIAN KHAS MTD (UKMTD)

1. Ujian khas MTD terdiri dari perkara seperti berikut:
i. Pemeriksaan kesihatan - (mesti lulus untuk mengikuti ujian fizikal)
ii. Ujian Akademik = 50%
iii. Ujian Fizikal = 30%
iv. Penilaian Kepimpinan = 10%
v. Penilaian Sukan = 10%
Jumlah Keseluruhan = 100%

2. Pemohon yang berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir MTD. Permohon yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan tempat pengajian di MTD dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains).

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DIBUKA SEKARANG!!!

Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan 1 & 4 telah mula dibuka. Berikut merupakan maklumat ringkas berkaitan perkara ini.

Syarat Kemasukan :
1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima SBP yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan iaitu :

Sains Tulen :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend.Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, EST pilihan)

Sains Tulen (Agama):
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi,Pend. Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Agama :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan

Sains Teknikal :
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST (pilihan).

4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SBP yang berkaitan.

Kelayakan Akademik :
Lulus PMR sekurang-kurangnya 6A 2B (Sains dan Matematik mesti A). Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat 8A. Bagi calon yang memohon untuk mengikuti pembelajaran dalam aliran agama, menadapat sekurang-kurangnya Gred C Bahasa Arab Komunikasi dan A dalam Pendidikan Islam.

Tarikh Permohonan :
Pendaftaran secara online bermula 1 September hingga 15 Oktober 2009.

Anda boleh membuat permohonan melalui pautan berikut :
http://www.moe.gov.my

MAKLUMAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2010

Berikut dipaparkan Makluman Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Tahun 2010. Walau bagaimanapun, pemohon yang belajar di SMK Agama & Sekolah Berasrama Penuh adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK AKAN DITEMPATKAN di mana-mana MRSM. Oleh itu, paparan ini adalah untuk makluman pelayar laman blog ini yang lain. Perhatian kepada calon-calon UPSR & PMR tahun 2009, sila beri perhatian kepada maklumat semasa berkaitan hal ini. Untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar borang-borang tersebut.

Makluman Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu :


Makluman Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Empat :

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONSTABEL LELAKI PDRM

Bagi mengetahui tentang maklumat lanjut berkaitan iklan ini, sila klik pada gambar di bawah.

MAJLIS MAKAN ISTIADAT 2009





Pada hari Khamis 20 Ogos 2009 lalu, semua warga SMKABP telah mengadakan Majlis Makan Istiadat. Program ini telah melibatkan semua pelajar dan warga SMKABP yang lain. Sempena kedatangan Ramadhan juga, program ini diadakan sebagai perhimpunan muhibah untuk semua warga SMKABP. Bermulanya cuti sekolah pada 22 Ogos juga diharap dapat dimanfaatka sepenuhnya oleh semua pelajar untuk mengulang kaji pelajaran terutama calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan percubaan pada 2 September nanti. Selamat bercuti dan selamat berpuasa!

Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Darul Quran (DQ) merupakan salah satu pusat pengajian Islam yang terdapat di Malaysia. DQ merupakan pusat pengajian di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Di sini dipaparkan maklumat berkaitan DQ untuk pengetahuan semua. Kepada calon-calon SPM yang bakal menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM bermula 2 September ini, berusalah untuk mendapat keputusan terbaik kerana permohonan kemasukan ke DQ mengambil kira keputusan Percubaan SPM anda. Selamat Maju Jaya!

Sejarah Darul Quran...

Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut.

Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia.

Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama “Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat”.

Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.

Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri.

Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor.

Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Objektif Darul Quran

1. Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan
professional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan
keperluan ummah dan negara.

2. Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang
berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan
Islam.


Visi

Melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu dan bermanfaat kepada pembangunan Negara dan Ummah

Misi

Mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat

Falsafah

Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar bagi Program Diploma kebiasaannya dibuat pada Mei manakala pelajar Program Persijilan pula dibuat pada bulan Disember setiap tahun.

Syarat-syarat

1.Warganegara Malaysia yang belum berkahwin lulus serta ;
2. Berumur kurang 21 tahun dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian dalam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab komunikasi
c) Pendidikan Quran Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Islam Dan :
d) Lulus bahasa Inggeris

Program yang Ditawarkan

Darul Quran menawarkan 3 program Diploma dan 3 program Persijilan iaitu:
a) Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat
b) Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Dakwah
c) Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Syariah
d) Sijil Tahfiz Al-Quran dengan kerjasama UIAM
e) Sijil Tinggi Taranum Al-Quran (STTQ)
f) Sijil Tahfiz Al-Quran (6 Juzu’) untuk Orang Kurang Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP)

Tempoh Pengajian

Bagi program Diploma, tempoh pengajian adalah 3 tahun (6 semester) manakala bagi program Persijilan tahfiz dengan kerjasama dengan UIAM adalah 1 tahun 6 bulan (3 Semester). Bagi program Sijil Tinggi taranum (STTQ) pula adalah 2 bulan dan Sijil Tahfiz untuk Orang Kurang Upaya masalah Penglihatan (OKUMP) adalah 6 bulan.

Yuran Pengajian

Yuran pengajian hanya dikenakan ketika sesi pendaftaran sahaja. Manakala bagi semester yang berikutnya yuran tidak dikenakan.

Pengiktirafan

Terdapat beberapa Institusi di dalam dan luar negara yang mengiktiraf Darul Quran antaranya :
Universiti dalam negara :
- Universiti Malaya. (UM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia. (UKM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (UIAM)
- Universiti Sains Islam Malaysia. (USIM)
- Universiti Putra Malaysia. (UPM)
- Universiti Darul Iman Malaysia. (UDM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris. (UPSI)
- Universiti Utara Malaysia. (UUM)
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. (KUIS)
- Kolej Universiti Insaniah Kedah. (INSANIAH)

Universiti luar negara :
- Ma’ahad Qiraat Al-Azhar, Mesir.
- Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim,
Indonesia.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang DQ, anda boleh melayari pautan berikut :
http://www.darulquran.gov.my/

SELAMAT DATANG RAMADHAN...JOM KITA LIHAT APA KELEBIHAN RAMADHAN

Ramadhan datang lagi...rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadhan, bulan barakah dan maghfirah...semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat dan keberkatan untuk kehidupan kita..InsyaAllah...

Di kesempatan ini, saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan kelebihan Ramadhan...

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Influenza A H1N1


Memandangkan ramai di antara pelajar di SMABP diserang demam sejak 2 minggu lalu, maka langkah-langkah penjagaan kesihatan sangat dititikberatkan sekarang. Ketika inipun masih ada pelajar demam yang dikuarantin atas nasihat pihak Pusat Kesihatan Bandar Penawar. Calon PMR yang sedang menjalani peperiksaan percubaan juga mengambil peperiksaan dalam bilik khas. Alhamdulillah setakat ini tiada warga SMKABP yang positif H1N1. Bagi mengelakkan kita semua terkena jangkitan Influenza A H1N1 atau juga dikenali sebagai selsema babi, berikut dipaparkan sedikit informasi berkaitan. Semoga kita sama-sama terhindar daripada bahaya penyakit ini.


Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.


Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.


Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari semasa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi ? (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai. Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
- Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
- Individu berusia 65 tahun dan ke atas
- Kanak-kanak dan remaja (<>(immunosuppression)
- Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
- Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
- Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
- Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.


Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
- Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
- Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
- Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat walaupun tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema.
Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit. Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
- Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
- Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
- Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
- Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
- Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)


Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM Sesi 2009/2010

Untuk makluman semua, permohonan kemasukan ke IPTA bagi pemohon lepasan SPM tahun 2009 untuk pengambilan IPTA tahun 2009/2010 akan mula dibuka pada 3 November 2009. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2009. Maklumat lanjut serta aplikasi ke talian online permohonan tersebut akan diakses ke blog ini kelak.

Kem Jati Diri Permata Diri






















Kem Jati Diri Permata Diri telah diadakan pada 26 hingga 29 Jun lepas di sekitar SMK Agama Bandar Penawar. Penyertaan peserta adalah daripada kalangan pelajar tingkatan dua hingga enam atas. Program ini telah dikendalikan bersama dengan pihak Saidina Smart & Consultancy. Peserta-peserta telah diberikan pendedahan tentang konsep menghargai diri dan persekitaran, meningkatkan kesedaran diri terhadap tanggungjawab sebagai seorang pelajar, pemimpin, anak dan ahli masyarakat.






Mengenali Jenis-jenis Manusia...

Siapakah orang yang bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang tidak mensia-siakan hidup, waktu, usia, harta, umurnya dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah baginya dan masyarakat.

Renungan Bersama........

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yang bijak?
Orang yg bijak ialah org yang tidak membiar maklumat ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada orang lain untuk dimanfaatkan dan ambil iktibar sebagai sandaran dan buat pedoman kehidupan kita seharian.

Semoga kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Objektif dan Keistimewaan SMKA

Mungkin ada di antara kita yang masih tidak mengetahui apakah kelebihan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Hakikat bahawa pembelajaran sekunder lebih penting pada waktu ini secara langsung telah membuatkan kita mengetepikan pembelajaran agama. Lebih-lebih lagi, ada juga di antara kita yang sering menganggap bahawa pembelajaran di SMKA adalah untuk mereka yang bercita-cita untuk menjadi alim ulama' dan pemimpin agama. Hakikatnya, tanggapan tersebut adalah sama sekali salah.

Jika anda mahu mengetahui maklumat lanjut berkaitan Objektif & Keistimewaan SMKA, anda boleh mengunjungi aplikasi berikut :
[klik di sini] http://www.moe.gov.my/?id=128&lang=my

Semoga anda beroleh maklumat yang lebih jelas berkaitan pembelajaran di SMKA. Perkara lebih penting, kita semua beroleh manfaat dan keberkatan yang lebih dalam usaha menuntut ilmu.

Pendaftaran Online Ke Kolej Matrikulasi KPM sedang dibuka sekarang!!!

Pendaftaran Secara Online bagi kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi lepasan SPM 2009 sedang dibuka sekarang. Bagi pelajar-pelajar yang telah membuat pembelian No.Pin BSN melalui Unit Bimbingan & Kaunseling boleh mendapatkan No.Pin anda dan mula mendaftar. Sebarang kemusykilan boleh merujuk kepada GBK anda.

Pendaftaran secara online boleh dibuat melalui aplikasi berikut :
[klik di sini] http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi/

Selamat Datang ke Laman Blog Unit Bimbingan & Kaunseling...

Selamat datang ke laman blog unit bimbingan dan kaunseling...
Semoga laman ini menjadi laman sumber info bermaklumat yang bermanfaat untuk anda...
Komen dan cadangan anda dialu-alukan untuk menambah baik fungsi laman blog ini...