MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR; SALAH SIAPA?
Friday, November 6, 2009 11/06/2009 11:17:00 AM
Posted by kaunselor anda...
SALAH SIAPA apabila pelajar kita gagal mengikut peraturan yang telah ditetapkan? Adakah kerana peraturan yang dibentuk oleh manusia itu terlalu lemah?
Pada minggu ini, saya fikir Unit Hal Ehwal Murid (HEM), Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling adalah antara yang paling sibuk. Unit Kurikulum dan Peperiksaan juga sebenarnya tidak henti dengan pelbagai tugasan memandangkan pada waktu ini peperiksaan akhir tahun sedang dijalankan.
Semalam (Khamis, 5 November 2009) terdapat sepasang suami isteri datang ke bilik kaunseling untuk membincangkan tentang anaknya. Mmm...risau juga sebenarnya menghadapi kehadiran ibu bapa atas dasar sebegini. Adakalanya ibu bapa agak emosional dalam menghadapikaernah anak-anak. Namun, alhamdulillah perbincangan berlangsung dengan baik dan telahpun diuruskan. Rasanya tidak perlu saya membincangkan apakah yang berlaku kepada pelajar tersebut di sini.
Sebenarnya bermula 14 Oktober lalu hinggalah 20 November nanti, Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sedang menjalankan Program Selepas PMR. Hal ini bermakna, kami berdua sangat sibuk tetapi mujur juga kerjasama guru-guru lain banyak meringankan beban kami. Justeru, apabila berlaku kes disiplin dalam kalangan pelajar pada waktu ini, aduh...tak menang tangan dibuatnya walaupun kami bukanlah pengurus unit disiplin secara langsung. Tetapi, walau apapun kami tetap bertanggungjawab dalam hal ini.
Melihat kepada senario yang berlaku kepada pelajar-pelajar di sekolah ini, kenyataan orang bahawa pelajar SMKABP pelajar pandai dan terpilih ditambah dengan pembelajaran agama menjadikan mereka pelajar yang pintar dan baik, sebenarnya kurang tepat. Saya masih ingat lagi kata-kata yang diberikan kepada saya apabila saya dihantar bertugas di sekolah ini dulu. "Takpe, pelajar SMKA tak banyak masalah. Pelajar pandai-pandai..."
Tapi realitinya? Saya fikir, hanya mereka yang pernah bertugas di sekolah ini saja yang benar-benar faham bagaimana karenah anak didik kita di sini. Bukan merungut sebaliknya saya sangat bersyukur kerana memang tidak dinafikan beban masalah pelajar di sini tidaklah serancak kes disiplin di sekolah harian biasa. Namun, cabarannya tetap ada...
Di sekolah ini, amalan keagamaan sememangnya diterapkan dengan sistematik. Bermula dengan solat berjemaah, amalan-amalan sunat dan pembudayaan amalan penghayatan Al-Quran juga sangat hebat! Tetapi, mengapa masih terdapat pelajar yang bermasalah disiplin? Kalau hendak mengambil kira tugas guru, warden, barisan pentadbir dan semua pihak, rasanya sudah lebih daripada mencukupi. PIBG juga memberikan sokongan yang cukup baik. Masalah sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti bukanlah masalah utama. Kadang-kadang terfikir juga, apa lagi agaknya yang pelajar-pelajar ini mahu?
Mungkin inilah cabaran mendidik generasi sekarang untuk menentukan pembangunan manusia sebagai generasi akan datang. Bukan mudah tetapi sebenarnya boleh dilakukan. Tanggungjawab yang berat tetapi sebenarnya masih boleh dipikul.
Pada waktu ini, saya dan rakan-rakan guru yang lain sebenarnya masih mengharapkan kesedaran dalaman daripada pelajar-pelajar. Bangunlah anak didikku, bangkitlah daripada mimpi-mimpimu...masa depanmu menanti untuk dipimpin dan dikejar. Usah lagi bermimpi di siang hari, takut nanti kita tidak lagi berpijak di bumi nyata...
Harapan akan terus menjadi harapan... Moga ALLAH SWT mempermudahkan jalan untuk kita semua...
November 7, 2009 at 8:42 PM
Perkara seperti ini masih lagi berlaku walaupun masa terus berjalan. Saya masih ingat lagi semasa waktu persekolahan. Saya sendiri mencari solusi bagaimanakah untuk mengelakkan gejala seperti 'pukul memukul' berlaku.
Perkara ini perlu dibendung. Tarbiah kepada pelajar-pelajar yang membawa perkara negatif perlu. Perlu diingatkan tentang masa hadapan mereka. Perlu sentiasa bersama dengan mereka. Seperti sahabat-sahabat saya yang dahulunya nakal, kebanyakannya menyesal dengan perbuatan mereka yang tidak membawa faedah.
InsyaAllah saya yakin perkara ini boleh diselesaikan. Semoga Allah membantu mempermudahkan
November 10, 2009 at 10:16 PM
A'kum W.B.T...Apa yg dipaparkan mengenai masalah pelajar sekarang sememangnya kian meruncing. Siapakah harus dipersalahkan? Ibubapa? Guru? Pelajar?. Dalam soal ini sebenarnya kebenaran terletak pada diri individu pelajar itu sendiri. Jika kita ingin berubah bukan org lain yang perlu mengubah kita, tetapi diri sendiri yang perlu membuat perubahan.Hanya kata NAK atau TAKNAK sahaja.Walaubagaimanapun tahniah pada ruangan kaunselor sendiri dapat merungkai banyak masalah pelajar sekarang. Semoga dengan apa yg kita dapat lihat pada hari ini boleh memberi iktibar pada kita semua supaya dapat membentuk Generasi yang akan datang lebih kearah yang positif.
November 10, 2009 at 10:19 PM
Terima kasih atas pandangan anda. InsyaALLAH kami guru-guru sentiasa mencari dan mengaplikasi formula terbaik bersesuaian dengan pelajar ke arah pembentukan sahsiah yang cemerlang. Terima kasih sekali lagi.