PERHATIAN KEPADA CALON SPM DAN PMR 2010

Salam.
Perhatian kepada semua calon SPM 2010, pastikan anda telah mengisi borang permohonan matrikulasi secara online kerana tarikh tutup permohonan semakin hampir iaitu 10 Oktober 2010.Pastikan juga anda telah meneliti segala maklumat dan mencetak maklumat permohonan untuk tujuan rujukan. Kecuaian anda akan menyebabkan permohonan anda ditolak.

Perhatian untuk calon PMR,sesiapa yang berminat untuk memohon ke sekolah berasrama penuha, anda perlu bertindak segera. pastikan anda mencetak sebanyak dua salinan dan serahkan kepada saya selewatnya pagi hari jumaat untuk proses seterusnya.

laman web www.emoe.gov.my sedang dikemaskini, jadi untuk membolehkan anda mengakses laman permohonan matrikulasi dan laman permohonan ke sekolah berasrama penuh anda boleh klik pada pautan di Sebelah kanan blog ini.

WARISAN AKAN DITERUSKAN...

Salam...
Buat semua pengikut setia blog kaunseling SMKABP, pemergian ustazah Siti Khadijah Omar sememangnya meninggalkan kesan. sudah pasti semua akan merindui coretan dan nukilannya. peninggalannya yang cukup berharga iaitu blog kaunseling smkabp tidak akan dibiarkan begitu sahaja, malah akan diteruskan ke arah mencapai kegemilangan. semoga usaha murni ini terus diberkati dan kami sama-sama mendoakan agar ustazah siti khadijah omar akan terus cemerlang di tempat baru...

SELAMAT TINGGAL...TERIMA KASIH SMKABP!!!

Lama sangat rasanya saya tidak dapat menyelenggara blog ini dengan informasi terkini...Maaf kepada pengunjung blog ini andai ada maklumat yang belum saya masukkan. Kesibukan kerja membataskan saya ditambah pula dengan line yang kadang2 semput...


Alhamdulillah, Ogos tahun ini genap dua tahun saya mengemudi UBK bersama rakan-rakan GBK lain. Kejap sangat rasanya masa berlalu. Ogos ini sekali lagi saya mendapat surat arahan pertukaran bekerja...dan nampaknya jodoh saya dengan SMKABP setakat sampai di sini...

Dua tahun menganyam waktu bersama pelajar-pelajar SMKABP membuatkan saya tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Hakikatnya belum banyak yang telah saya lakukan dalam erti kata sebenar mengikut hasrat yang saya angankan. Namun, fitrah dan lumrah meletakkan bahawa yang datang akan pergi, yang bermula pasti akan berakhir. Maka, dengan berat hati, terpaksa juga saya melangkah pergi...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelajar, sahabat dan teman di SMKABP. Pohon ampun maaf andai sepanjang perkhidmatan saya, ada keterlanjuran dan kekurangan.Terima kasih kepada semua pendamping setia UBK, iaitu PRS...sempat saya bersama PRS Altruis dan Zeolotris...yang terkini, maaf saya lupa namanya (boombastic sangat...)...dan anda juga saya tinggalkan dengan GBK yang ada...semoga PRS terus sukses...anda memang hebat!!!

Blog ini juga saya sebenarnya tidak pasti bagaimana nanti, sama ada akan diteruskan atau sebaliknya...namun jika masih berkesempatan akan saya masukkan juga info-info penting nanti, insyaALLAH...doakan akan ada kesempatan itu untuk saya...

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua...doakan saya juga mampu meraih kejayaan dan mencapai segala impian yang saya angankan. Doakan saya sukses dalam semua perkara dan berada dalam lindungan ALLAH S.W.T.

Sebelum terlambat, di kesempatan ini saya ucapkan SALAM LEBARAN, maaf zahir dan batin.

Sekian...