PEMBETULAN!!!! TARIKH KEPUTUSAN PMR: 23HB DISEMBER 2010

SALAM..
MaAF di atas kesilapan tarikh yang diberikan sebelum ini. pelajar boleh mengambil slip keputusan peperiksaan PMR pada 23hb disember di sekolah. harap maklum.

RESULT PMR 2010!!!!

Salam.. Buat semua pelajar PMR 2010 SMKABP, kamu jangan risau. hari yang mendebarkan akan tiba. jadi, dari sekarang kamu boleh membuat persediaan iaitu berselawat selalu agar kamu beroleh ketenangan pada hari tersebut iaitu PENGISHTIHARAAN KEPUTUSAN PMR 2010.

PERHATIAN!!!
Keputusan PMR akan keluar pada 27hb Disember 2010.
Jadi pada tarikh tersebut kamu boleh membawa ibu bapa bersama untuk mengambil keputusan peperiksaan masing-masing.

Saya doakan agar kamu beroleh keputusan yang baik dan cemerlang.. insyaallah...

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke SMT dan SMV 2011

Para pelajar yang telah menduduki PMR 2010 dan ada memohon memasuki Tingkatan 4 2010 di Sekolah Menengah Teknik (SMT) atau Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.

Semakan Permohonan
Semakan permohonan ke Tingkatan 4 SMT dan SMV boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.

Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011 adalah di Semakan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011.http://apps.moe.gov.my/esptv/penawaran_2010/semak_tawar.cfm

Rayuan

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan.
Rayuan boleh dibuat terus kepada Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan.

Sila rujuk Senarai Sekolah Menengah Teknik / Vokasional.

Borang rayuan boleh dimuat-turun di Borang Rayuan Kemasukan ke SMT/SMV 2011.
Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
(...)
Read the rest of Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2011 (47 words)

PERHATIAN KEPADA CALON SPM & STPM 2010!! Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

•Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi akademik 2011/2012 adalah seperti berikut :

Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
Ini terbahagi kepada dua iaitu :
1. Kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Peringkat Diploma
Dan Program Persediaan di IPTA Sesi Akademik 2011/2012 atau Ambilan
Julai 2011; dan
2. Kemasukan ke Program Sijil dan Diploma di Institusi Pendidikan Teknikal
& Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam
(ILKA)Ambilan Tahun 2011.

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
 Tarikh : 1 November 2010 – 31 Disember 2010
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
 Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN
 Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa FASA 2 – Pengesahan Permohonan
dan Pilihan Program Pengajian.
 Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
 Secara Individu
 Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
 Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011
 Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.

 Secara Pukal
 Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
 Tarikh : 1 November 2010 – 30 November 2010
 Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Program Pengajian Lepasan STPM, STAM dan setaraf

• Ini merupakan permohonan kemasukan ke program pengajian lepasan STPM, STAM
dan setaraf di 18 buah universiti bagi Ambilan Julai 2011.
• USM mengendalikan sendiri proses permohonan kemasukan. Oleh itu permohonan
kemasukan ke USM perlu dibuat terus ke USM.
• Tarikh: 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN
• Nombor unik BSN wajib digunakan semasa membuat permohonan.
• Harga unik ID adalah RM 15.60 seorang.
• Secara individu
o Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking.
o Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011
o Salinan MyKad calon perlu dikemukakan

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT DAN ILKA LEPASAN AKADEMIK 2011/2012 AMBILAN JULAI 2011

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT dan ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012 Ambilan Julai 2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2011/2012 atau ambilan Julai 2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai hari ini 1 November 2010.

Fasa
Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

•Fasa 1
Pendaftaran Maklumat Pemohonan – 1 November 2010 – 31 Disember 2010

•Fasa 2
Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Nombor Unik ID
•Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Januari 2011. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
•Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 1 November sehingga 30 November 2010, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

Kategori
Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;

•Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2010 sahaja.

•Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2008 atau 2009.

•Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

•Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau, dan sijil ulangan SPM 2010 atau, SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010.

Program Pengajian
Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah

•Di IPTA
◦Program Persediaan – Asasi
◦Diploma
•Di TEVT dan ILKA
◦Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
◦Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
◦Diploma

Permohonan
•Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
◦Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012 FASA 1
◦Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012 FASA 2 – Akan dibuka mulai 10 Januari 2011.
•Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
Tarikh Tutup
•Permohonan kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 31 Disember 2010 bagi Fasa 1 dan 4 April 2011 bagi Fasa 2.

Maklumat
•Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
•Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
•Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
•Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2011/2012 sila hubungi Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
•Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya 2010

Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya 2010

PANDUAN PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2011

Syarat-syarat Umum:

-Pemohon mestilah warganegara Malaysia
-Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
-Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
-Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
-Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: esptv.moe.gov.my atau datang sendiri (walk-in) ke Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional berhampiran
Tarikh bermula permohonan pada 4 Oktober 2010.

Kemudahan Asrama:

Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/SMV kecuali SMV Kuching, Sarawak, tertakluk kepada had yang ditetapkan.

anda boleh klik di bahagian kanan blog untuk pautan ke sistem talian permohonan ke sekolah menegah teknik/vokasional 2011.

PERHATIAN KEPADA CALON SPM DAN PMR 2010

Salam.
Perhatian kepada semua calon SPM 2010, pastikan anda telah mengisi borang permohonan matrikulasi secara online kerana tarikh tutup permohonan semakin hampir iaitu 10 Oktober 2010.Pastikan juga anda telah meneliti segala maklumat dan mencetak maklumat permohonan untuk tujuan rujukan. Kecuaian anda akan menyebabkan permohonan anda ditolak.

Perhatian untuk calon PMR,sesiapa yang berminat untuk memohon ke sekolah berasrama penuha, anda perlu bertindak segera. pastikan anda mencetak sebanyak dua salinan dan serahkan kepada saya selewatnya pagi hari jumaat untuk proses seterusnya.

laman web www.emoe.gov.my sedang dikemaskini, jadi untuk membolehkan anda mengakses laman permohonan matrikulasi dan laman permohonan ke sekolah berasrama penuh anda boleh klik pada pautan di Sebelah kanan blog ini.

WARISAN AKAN DITERUSKAN...

Salam...
Buat semua pengikut setia blog kaunseling SMKABP, pemergian ustazah Siti Khadijah Omar sememangnya meninggalkan kesan. sudah pasti semua akan merindui coretan dan nukilannya. peninggalannya yang cukup berharga iaitu blog kaunseling smkabp tidak akan dibiarkan begitu sahaja, malah akan diteruskan ke arah mencapai kegemilangan. semoga usaha murni ini terus diberkati dan kami sama-sama mendoakan agar ustazah siti khadijah omar akan terus cemerlang di tempat baru...

SELAMAT TINGGAL...TERIMA KASIH SMKABP!!!

Lama sangat rasanya saya tidak dapat menyelenggara blog ini dengan informasi terkini...Maaf kepada pengunjung blog ini andai ada maklumat yang belum saya masukkan. Kesibukan kerja membataskan saya ditambah pula dengan line yang kadang2 semput...


Alhamdulillah, Ogos tahun ini genap dua tahun saya mengemudi UBK bersama rakan-rakan GBK lain. Kejap sangat rasanya masa berlalu. Ogos ini sekali lagi saya mendapat surat arahan pertukaran bekerja...dan nampaknya jodoh saya dengan SMKABP setakat sampai di sini...

Dua tahun menganyam waktu bersama pelajar-pelajar SMKABP membuatkan saya tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Hakikatnya belum banyak yang telah saya lakukan dalam erti kata sebenar mengikut hasrat yang saya angankan. Namun, fitrah dan lumrah meletakkan bahawa yang datang akan pergi, yang bermula pasti akan berakhir. Maka, dengan berat hati, terpaksa juga saya melangkah pergi...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelajar, sahabat dan teman di SMKABP. Pohon ampun maaf andai sepanjang perkhidmatan saya, ada keterlanjuran dan kekurangan.Terima kasih kepada semua pendamping setia UBK, iaitu PRS...sempat saya bersama PRS Altruis dan Zeolotris...yang terkini, maaf saya lupa namanya (boombastic sangat...)...dan anda juga saya tinggalkan dengan GBK yang ada...semoga PRS terus sukses...anda memang hebat!!!

Blog ini juga saya sebenarnya tidak pasti bagaimana nanti, sama ada akan diteruskan atau sebaliknya...namun jika masih berkesempatan akan saya masukkan juga info-info penting nanti, insyaALLAH...doakan akan ada kesempatan itu untuk saya...

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua...doakan saya juga mampu meraih kejayaan dan mencapai segala impian yang saya angankan. Doakan saya sukses dalam semua perkara dan berada dalam lindungan ALLAH S.W.T.

Sebelum terlambat, di kesempatan ini saya ucapkan SALAM LEBARAN, maaf zahir dan batin.

Sekian...

LAWATAN PELAJAR SK TUN DR. SYED NASIR

InsyaALLAH pada 15 Julai 2010 ini iaitu pada hari Khamis, sekolah akan dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari SK Tun Dr. Syed Nasir, Kota Tinggi. Rombongan dijangka disertai oleh 80 orang pelajar da empat orang guru.

Seperti biasa, kunjungan mereka akan dikendalikan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling melibatkan saya dan bantuan beberapa orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tingkatan empat dan dua.

Antara pengisian yang akan dijalankan ialah lawatan sekitar sekolah dan asrama, permainan minda dan taklimat berkaitan pembelajaran di SMKA khasnya SMKABP.

Semoga perancangan aktivitidapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan meneruskan kerjasama baik antara kedua-dua sekolah.

SELAMAT DATANG ADIK-ADIK!

SEMAKAN KEPUTUSAN KE IPTA LEPASAN SPM

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telahpun selamat mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi. Semoga kejayaan terus mengiringi kalian selepas ini.

Kepada pelajar yang lain, semakan bagi pengambilan IPTA telah mula dibuka pada 1 Mei bermula jam 12.00 tengah hari. Anda boleh membuat semakan menerusi pautan yang disediakan dalam blog ini.

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Sekiranya ada yang tidak mendapat tawaran tersebut, boleh rujuk kepada saya untuk perancangan jangka masa panjang yang lain. Jangan putus asa kerana untuk berjaya ada pelbagai cara asalkan kita mahu berusaha.

PROGRAM JATI DIRI PELAJAR

Pada 9 hingga 11 April lalu, UBK dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Dakwah & Kerohanian telah selamat menjalankan Program Jati Diri di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kota Tinggi iaitu di Kg. Johor Lama, Teluk Sengat.

Antara pengisian yang diberikan dalam program ini ialah dalam aspek jati diri, kepimpinan dan sentuhan kerohanian. Semoga segala yang dihasratkan kepada semua peserta terlibat akan membuahkan perubahan positif yang berterusan, insyaALLAH...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua raan guru yang turut bertungkus-lumus menjayakan program kali ini sekalipun masing-masing sangat sibuk dengan pelbagai tugasan lain sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 & Mesyuarat Agung PIBG yang turut berlangsung pada 10 April. Sesungguhnya jasa kalian sangat membantu dalam usaha kita membentuk peribadi dan sahsiah unggul dalam kalangansemua pelajar.

PERHATIAN!!! PINDAAN TARIKH SEMAKAN TEMUDUGA IPG

Pindaan Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga KPLSPM Ambilan Jun 2010
Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 20 April 2010 (Selasa) ditunda kepada 25 April 2010 (Ahad). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang kementerian dari semasa ke semasa. Pihak Bahagian Pendidikan Guru kesal atas kesulitan yang berlaku.

Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841228/1229/1231/1232/1249.

Calon juga boleh mencetak Kalendar Aktiviti terkini sebagai rujukan.


Sekian, harap maklum.

PERMOHONAN MENJADI KADET PILOT & JURUTEKNIK MALAYSIA AIRLINES



Malaysia Airlines (MAS) sedang membuka permohonan bagi warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai MAS sebagai Kadet Pilot Pelatih dan Juruteknik Pelatih.

SYARAT PERMOHONAN :
1. Kadet Pilot ;

a) Warganegara Malaysia berusia antara 18 hingga 26 tahun (ketika tarikh permohonan)
b) Lulus SPM/setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat enam kepujian termasuk Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya B4 atau B bagi subjek Matematik, Fizik dan Bahasa Inggeris yang diambil serentak, atau;
c)Diploma / Ijazah dalam bidang Kejuruteraan atau Sains (disiplin yang berkaitan) dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0 ke atas serta mendapat enam kepujian dalam SPM yang diambil serentak.
d) Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
d) esti sihat dan cergas secara fizikal dan mental serta penglihatan yang baik (sekurang-kurangnya 6/60 tanpa menggunakan kanta mata, ketepatan 6/6) serta tidak buta warna.
e) Ketinggian sekurang-kurangnya 163cm (5 kaki 4 inci)

2. Juruteknik Pelatih
a) Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 23 tahun semasa pendaftaran.
b) Lulus SPM/setaraf dengan sekurang-kurangnya mendapat kredit bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik/Sains Teras.
c) Calon yang telah mempunyai Diploma atau sijil kejuruteraan berkaitan mempunyai kelebihan berbanding yang lain.
d) Berkebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
d) Mempunyai mental dan fizikal yang sihat, penglihatan yang baik, pendengaran yang baik dan tidak buta warna.

Jika anda berkelayakan dan berminat dengan program tersebut, sila hadir :
i) Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
ii) Tempat : Akademi MAS, No. 2, Jln SS7/13, Kelana Jaya, Selangor
iii) Masa Pendaftaran : 830 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sila bawa bersama surat permohonan, resume, salinan dan sijil sebenar yang telah disahkan , kad pengenalan, dan gambar terkini bersaiz pasport (tidak dipulangkan). Calon dinasihatkan berpakaian kemas ( pemakaian selipar, jeans dan kemeja-T tidak dibenarkan). Calon dibenarkan membawa bersama kalkulator dan alat tulis.

Permohonan boleh dibuat menerusi http://jobs.monster.com.my/details/8094488.html?sig=js-11-620783c0cd42d0536798899ea5e761b0-1&from= atau klik pada bahagian Pautan Secara Online di sebelah kanan blog ini.

Tarikh Tutup Permohonan : 17 April 2010

BIASISWA PNB

Sebagai sebuah institusi pelaburan utama negara, kami percaya pelaburan dalam pendidikan adalah asas untuk melahirkan generasi cemerlang yang akan menjadi
pemimpin dan menyumbang kepada kesinambungan kemajuan negara.

Jika anda adalah calon lepasan SPM 2009, memiliki pencapaian akademik cemerlang, aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian mantap serta berhasrat menyumbang kepada masyarakat dan negara, kami mempelawa anda untuk bersama-sama
kami.

PROGRAM DITAWARKAN (IJAZAH SARJANA MUDA)
• Perakaunan dan Kewangan
• Ekonomi
• Sains Aktuari
• Kejuruteraan
• Matematik dan Ekonomi
• Matematik dan Statistik
• Matematik dan Statistik (Kewangan)
• Undang-undang
• Teknologi Maklumat
* Pengajian di Universiti terkemuka United Kingdom

Untuk memohon dan maklumat lanjut sila layari laman web kami di www.pnb.com.my
(perniagaan>pendidikan>muat turun)
* Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi.

Tarikh tutup permohonan :
23 Mac, 2010

Tajaan Biasiswa Yayasan TM Malaysia


TM Malaysia menerusi Yayasan TM menawarkan biasiswa pendidikan yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan kategori yang telah ditetapkan. Berikut merupakan tawaran yang dikemukakan :

1. Biasiswa Persediaan Ke Luar Negara
2. Biasiswa Pra-Universiti / Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
3. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA
4. Diploma di Universiti Multimedia (MMU)

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mac 2010

Sila klik pada ruangan pautan secara online pada sebelah kanan blog ini untuk permohonan.

PROGRAM TAJAAN JPA/MARA

Kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, berikut saya paparkan maklumat berkitan program tajaan JPA/MARA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2009 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini
adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan
ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan
seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2009; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

untuk memohon, layari website JPA yang terdapat pada pautan secara online yang disediakan pada blog ini.

KEPUTUSAN SPM 2009

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...
Apa lagi yang boleh saya katakan selain kalimah di atas...Syukur yang teramat sangat saya panjatkan kepada ALLAH S.W.T atas kurniaan-Nya... Sekali lagi kami di sekolah ini mendapat khabar gembira...SPM 2009 juga menunjukkan prestasi cemerlang...pencapaian 100%...PNGK sekolah juga hampir-hampir menepati sasaran 3.00 iaitu 3.04...

Bagi anda yang menunggu-nunggu pengumuman ini, Alhamdulillah...penantian dan debaran kita semua membuahkan hasil yang positif.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar, ibu bapa/penjaga, rakan-rakan guru, staf-staf sokongan dan pentadbir terutama Tuan Pengetua atas usaha gigih yang kita lakukan sepanjang tahun lepas. Semoga usaha ini akan bertambah positif dalam usaha kita meneruskan semangat mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2010/2013

دار القرآن
جباتن كماجوان إسلام مالیسیا


DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) , mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

SISTEM PENGAJIAN
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran .Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis dan Muamalat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang belum berkahwin
ii. Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
a. Bahasa Melayu
b. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan
Syariah Islamiah /Pendidikan Islam /Tasawwur Islam
c. Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi dan;
d. Lulus Bahasa Inggeris Atau;

Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM .
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak
memohon.

YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

CARA MEMOHON
Borang Permohonan secara dalam talian (Online) boleh
disi melalui laman Web :
i) http://www.islam.gov.my
ii) http://www.darulquran.gov.my
(Sila klik pada pautan permohonan yang telah disediakan pada sebelah kanan blog ini)

UJIAN DAN TEMUDUGA
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila bawa borang yang telah dicetak semasa temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Telefon : 03-60635333/03-60635350
Faks : 03-60645497
Email : pengambilan@darulquran.gov.my

MAKLUMAN
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 1 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 dibuka pada 18Februari 2010 dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT

Iklan permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 disiarkan seperti butiran berikut;
Tarikh Akhbar
27 Feb 2010 (Sabtu) Borneo Post (Edisi Sabah & Sarawak)
28 Feb 2010 (Ahad) Metro Ahad (Edisi Nasional)
01 Mac 2010 (Isnin) Daily Express (Edisi Sabah)
07 Mac 2010 (Ahad) Mingguan Malaysia, Tamil Nesan dan Shin Chin Jit Poh (Edisi Nasional)

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
http://www.politeknik.edu.my
(sila klik pada bahagian Pautan Secara Online pada sebelah kanan blog ini)

Untuk mengakses e-B orang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "40" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051

Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan November 2010 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya terlupa.


NOTA:
Setelah mengisi e-Borang, pemohon dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut:

1.Menghantar maklumat e-Borang dengan menekan butang "HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN" sehingga arahan mencetak butiran permohonan dipaparkan.

2.Cetak butiran permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran. Sila simpan untuk rujukan.

3.Pindaan maklumat pada e-Borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan ulangi langkah di atas.

Tarikh Tutup Permohonan :
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 ditutup pada 02 April 2010 (Jumaat).

Makluman :
Mulai Sesi Jun 2010 program peringkat sijil tidak lagi ditawarkan
di semua Politeknik.

Kursus yang perlu melalui tapisan temuduga :
Pemohon perlu melalui proses temuduga bagi program berikut:
Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) - Ujian bertulis & temuduga
Diploma Kej. Perkapalan (DKP) - Temuduga sahaja
Diploma Lanjutan - Temuduga sahaja

PROGRAM BIASISWA YAYASAN KHAZANAH NASIONAL

Yayasan Khazanah Nasional telah mula membuka permohonan untuk mendapatkan tajaan biasiswa bagi pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Tawaran yang diberikan adalah seperti berikut :

Foundation(Lepasan SPM)

Miniman 8A dalam SPM.
Usia tidak melebihi 18 tahun apabila tarikh tutup permohonan.


Undergraduate (Bachelor Degree)

Rakyat Malaysia berumur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010.
Kelayakan akademik sekurang-kurangnya 3A & 1B bagi STPM atau GCE A-Levels atau minima CGPA 3.50/4.00 Pra-Universiti atau Program Foundation atau Program Matrikulasi.
Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam penyertaan aktiviti kokurikulum dan sukarelawan atau program kemasyarakatan.

Keterangan lanjut, layari laman web Yayasan Khazanah Nasional di www.khazanah.com.my atau klik terus ke website permohonan secara online yang telah disediakan pada sebelah kanan blog ini.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Mac 2010 ini.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1341 HIJRAH

Alhamdulillah, sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W tahun ini, SMKABP tidak ketinggalan untuk sama-sama memperingati baginda dengan meneruskan sunnah-sunnah baginda.

Pada Sabtu, 6 Mac 2010 yang lalu, program tersebut telah diadakan. Sebenarnya ianya diadakan selama seminggu dengan dimeriahkan dengan acra-acara pertandingan seperti berzanji, marhaban, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Oleh itu, kemuncak acara ialah pada hari Sabtu tersebut.

Acara dimulakan dengan perarakan selawat mengelilingi seluruh kawasan sekolah melibatkan semua guru dan pelajar yang berarak mengikut rumah sukan masing-masing. Meriah...memang meriah...

Acara disambung pula dengan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari SMK Seri Saujana...lupa pula saya nama beliau. Namun, yang lebih penting ialah sama-samalah kita memanfaatkan apa juga isi kandungan ceramah yang telah beliau sampaikan.

Akhir sekali, sama-samalah kita sentiasa menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai panduan dan idola kita semua sebagaimana sabda baginda :

"Tidak sempurna iman seseorang, sehinggalah aku lebih dicintainya..."

KAWAKIB MUMTAZAH SMA - PERJUMPAAN BERSAMA CALON-CALON SPM





Alhamdulillah, semalam (Khamis, 4 Mac 2010) telah diadakan perjumpaan antara pentadbir, guru-guru dan calon-calon SPM 2010 sekolah kita. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama bagi calon-calon ini.

Hasrat perjumpaan diadakan tidak lain tidak bukan adalah untuk kecemerlangan semua pelajar khasnya dalam aspek pencapaian akademik. Perjumpaan tersebut diharapkan dapat merapatkan lagi ukhwah antara semua guru dengan pelajar seterusnya menjadikan budaya pembelajaran yang selesa kepada semua pihak.

Apapun, semoga kita sentiasa muhasabah diri kita ke arah menjadikan kita sentiasa terbaik dalam segenap aspek. Moga apa juga usaha yang kita lakukan akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

KAWAKIB MUMTAZAH SMR - PERJUMPAAN BERSAMA CALON PMR 2010





"Selagi seorang pelajar adalah pelajar, maka tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan dalam segala aspek adalah menjadi tanggungjawab dirinya. Selagi seorang guru adalah guru, maka selagi itulah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu dan membimbing pelajar mencapai kecemerlangan dalam segala aspek."

Alhamdulillah, semalam (Isnin, 1 Mac 2010) selesai sudah perjumpaan Tuan Pengetua, pentadbir, semua guru yang mengajar tingkatan 3 termasuklah kami, guru-guru kaunseling. Pertemuan dengan semua calon PMR ini diadakan di Dewan Al-Falah, pada pukul 3.30 petang.

Matlamat pertemuan ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata untuk mencari jalan terbaik membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik mereka khasnya dalam PMR 2010 nanti. Harapan kami, kecemerlangan demi kecemerlangan dapat terus dicapai, bakat dan potensi diri pelajar dapat terus digilap, seterusnya kita semua menjadi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Semoga pertemuan semalam menjadi titik mula perubahan positif dalam kalangan semua pelajar. Tiada lagi yang mampu kami lakukan melainkan hanya yang terbaik, yang mampu kami lakukan untuk anak didik yang kami sayangi. Kepada Allah, kita meminta dan mohonkan pertolongan...insyaALLAH...yang berusaha akan mendapat...

SESI DISKUSI KE IPTA






Selepas mendapat keputusan yang cemerlang, sudah tentu langkah seterusnya adalah memilih kursus untuk IPTA nanti. Alhamdulillah, keputusan pelajar-pelajar ini memudahkan saya membantu mereka memilih jurusan yang sesuai berdasarkan minat, kelayakan akademik dan peluang kerjaya pada masa depan.

Harapan saya, calon-calon SPM juha nanti dapat berjumpa kami terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara online. Keadaan ini bagi mengelakkan kita daripada memilih jurusan yang kurang bersesuaian dengan kelayakan akademik kita memandangkan cabaran semasa sekarang ini memerlukan kekuatan akademik yang kukuh.

WAJAH-WAJAH CEMERLANG STPM 2010





LONJAKAN SAUJANA STPM SMKABP 2009!!!

ALHAMDULILLAH... Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan-Nya...
25 Februari 2010 menjadi saksi bahawa SMK Agama Bandar Penawar mendapat ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA bagi pencapaian STPM 2009.

Tahniah dan terima kasih buat semua rakan guru dan staf yang telah sama-sama menjayakan semua program sekolah. Tahniah juga diucapkan kepada semua calon STPM kerana pada akhirnya, hasrat dan impian kalian menjadi nyata.

Buat pelajar yang lain terutama calon SPM 2009, banyakkan berdoa mudah-mudahan kecemerlangan terus memihak kepada kita selanjutnya mengetepikan pandangan serong orang lain kepada sekolah kita.

2009 nampaknya memihak kepada kita...PMR dengan peningkatan jumlah pelajar mendapat 9A, STPM dengan Lonjakan Saujana...nantikan saja SPM nanti...mudah-mudahan Allah memberi peluang kepada kita semua...

Pelajar-pelajar lain, jadikan kejayaan rakan-rakan anda sebagai pembakar semangat kepada kita semua ke arah menjadikan SMKABP sebagai SEKOLAH UNGGUL 2010!!!

PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2009!!!

Tengah hari semalam saya mendengar berita bahawa keputusan STPM 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini iaitu pada hari Khamis. Oleh yang demikian, kepada 7 orang calon SMKABP yang berkenaan, banyakkan berdoa agar apa yang kita idam-idamkan menjadi kenyataan... Jumpa nanti di sekolah... Anda sangat dialu-alukan untuk datang berdiskusi bersama kami di Bilik Kaunseling...

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TAUTAN KASIH DAN LAMAN BLOG KAUNSELING






Alhamdulillah...akhirnya Program Tautan Kasih dan Laman Blog Kaunseling ini selamat dilancarkan. Walaupun pada asalnya majlis sepatutnya diadakan semalam, 8 Februari 2010, namun disebabkan Pn. Hjh Maimunag bt A. Rahman, Tuan Pengetua terpaksa menghadiri mesyuarat di Simpang Renggam, maka atas inisiatif beliau sendiri, majlis telah ditunda kepada hari ini.

Sekalung pernghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan semua pentadbir, guru-guru dan semua pelajar atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepad rakan-rakan GBK iaitu Ustaz Mohd Arifin Zainal dan Ustazah Siti Khadijah bt Mohmad Halid atas kerjasama menjayakan majlis ini.

Tidak ketinggalan ialah PRS yang paling banyak membantu UBK dalam menjayakan semua program UBK termasuk majlis ini. Tanpa bantuan dan sokongan kalian, pasti program yang diatur tidak dapat dilaksanakan dengan teratur dan jaya. Alhamdulillah...terima kasih sekali lagi...semoga jasa anda membawa keberkatan ke arah kejayaan anda di dunia dan akhirat...insyaALLAH...

PERMOHONAN KE INSTITUT PERGURUAN BAGI CALON SPM 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan
(Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas
28 Jun 1990.
2.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian
dalam tiga mata pelajaran berikut :
2.5.1 Bahasa Melayu
2.5.2 Sejarah
2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;
2.5.4 lulus Bahasa Inggeris
2.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk
e-Panduan Permohonan)

3. MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
3.1 Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru
(IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
3.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu
tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut
Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.
3.4 Bdang pengkhususan yang ditawarkan:
3.4.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Arab Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah


3.4.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Cina Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah


3.4.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1. Pendidikan Prasekolah Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

4. CARA MEMOHON
4.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari
laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :
http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.(Sila klik pada bahagian
Permohonan Secara Online yang terdapat dalam laman blog ini)
4.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan
Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seleuruh
negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran
kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan
maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
sebelum membuat permohonan.
4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
4.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran
kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan
tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat
sebelum tarikh tutup permohonan.
4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan
ditolak.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2010

6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1245/1243/1235/1229/1228

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1 Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah
Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
7.2 Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada
kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan
keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan aalah muktamad.
7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang
pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana
Institut Pendidikan Guru (IPG).
7.4 Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa
untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
7.5 Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala
perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon
sendiri.
7.6 Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di
IPG.

8. PENDAFTARAN
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 28 Jun 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

10. BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP)
Bentuk Pengajian :
Pengajian Persediaan Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 1 Tahun 6 Bulan
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 Tahun

KEMAS KINI MAKLUMAT PERMOHONAN KE KOLEJ MATRIKULASI

Perhatian kepada semua calon SPM 2009, anda boleh mula mengemas kini maklumat permohonan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai semalam, 8 Februari 2010. Pastikan bahawa semua maklumat yang dikehendaki lengkap diisi dan tepat. Pautan ke website tersebut telah disediakan dalam blog ini. Sila ke bahagian Pautan Online untuk mengakses laman web tersebut.

COMMIT'10-Program Bersama Mahasiswa Universiti Malaya Kampus Nilam Puri






Alhamdulillah, pihak sekolah sangat bersyukur atas sumbangan tenaga dan idea daripada sekumpulan 33 orang mahasiswa Universiti Malaya-Kampus Nilam Puri. Tanggal 5 hingga 7 Februari menyasikan betapa bertuahnya pelajar-pelajar sekolah ini terutama calon-calon PMR tahun ini kerana terpilih untuk menyertai Program COMMIT'10.

Program selama tiga hari ini bertujuan membantu pelajar ke arah pembersihan rohani, minda dan sahsiah selain ke arah kecemerlangan mereka di dunia dan akhirat. Banyak pengisian dalam program ini telah memberikan impak yang sangat positif epada kalangan peserta. Sayangnya, saya tidak dapat bersama-sama dalam program ini kerana terikat dengan tugasan lain.

Apapun, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua fasilitator yang terlibat. Semoga Allah membalas segala jasa dan budi baik kalian, insyaALLAH...

PROGRAM TAUTAN SILATURRAHIM PELAJAR TING. 1 AMBILAN KE-2










Pada 18 Januari lalu, seramai 86 orang pelajar tingkatan satu ambilan kali kedua telah mendaftar. Pengambilan ini adalah atas dasar mengisi kekosongan tempat yang masih ada di sekolah ini.

Namun demikian, perbezaan kali ini ialah semua calon yang berjaya ini telah melalui tapisan temuduga dan ujian terlebih dahulu yang diadakan pada 9 Januari 2010. Hal ini bertujuan mengelakkan lambakan pelajar yang tidak berminat masuk ke SMKA tetapi atas faktor tertentu, ditempatkan juga ke sekolah ini. Akhirnya, banyak pihak yang rugi.

Program Tautan Silaturrahim untuk semua pelajar baru ini juga dijalankan seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi pelajar ambilan pertama. Namun demikian, tempoh masa dipendekkan memandangkan pelajar lain telahpun memulakan aktiviti pembelajaran mengikut kelas masing-masing. Pada sebelah pagi, pelajar mengikuti P&P di dalam kelas seperti biasa. Aktiviti dimulakan pada sebelah petang dan malam.

Sekalipun tempoh aktiviti agak singkat, namun pengisian yang mantap tetap memberi impak yang berkesan. Semoga semua pelajar ini dapat menyesuaikan diri dengan iklim SMKABP sebaiknya ke arah menjadikan mereka lebih cemerlang nanti...InsyaALLAH...

PROGRAM MOTIVASI 'ONE STEP A HEAD'






Alhamdulillah, pada 9 Januari lalu, UBK telahpun selamat menjalankan Program Motivasi 'One Step A Head' untuk semua calon PMR, SPM & STPM 2010. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama En. Rafek b. Bapoothy daripada Saidina Smart Consultancy.

Harapan sekolah berdasarkan program ini, semua calon dapat memulakan sesi pembelajaran 2010 dengan azam dan semangat yang baru. Sasaran UBK juga ialah semua pelajar sekolah ini mendapat motivasi dalaman dan luaran secara istiqamah.

Besarlah harapan kami agar anak didik kami ini mampu menghasilkan kecemerlangan yang gemilang dalam semua aspek. InsyaALLAH...

PROGRAM KONSULTANSI KE IPT BAGI CALON SPM&STPM 2009

Alhamdulillah saya baru saja sekali lagi 'mengangkut' info-info IPT sempena Karnival Jom Masuk U anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Persada Johor. InsyaALLAH banyak lagi maklumat tambahan dapat saya kongsikan dengan semua warga SMKABP.

Kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM & STPM, anda dialu-alukan untuk datang ke UBK bagi mendapatkan info IPT. Kedatangan anda pada waktu ini pastinya dapat memberi gambaran awal kepada anda berkaitan peluang-peluang pengajian kelak. Lagipun,kedatangan anda memungkinkan lebih banyak tumpuan kepada anda dapat diberikan berbanding jika anda datang selepas keputusan peperiksaan keluar nanti.

Datang saja pada bila-bila masa, lebih elok secara berkumpulan. InsyaALLAH sedaya upaya kami cuba membantu.

AKADEMI LAUT MALAYSIA

Permohonan kemasukan ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) masih lagi dibuka hingga 10 Januari 2010 ini. Perhatian kepada semua calon SPM, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :

1.Permohonan adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM.
2.Belum berkahwin, lelaki atau perempuan , berusia tidak melebihi 23 tahun pada 13 Julai 2010.
3.Minima keputusan Percubaan SPM dengan kredit baik dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan dan Fizik.
4.Sihat dari segi fizikal dan mental.
5.Ketinggian minima 158cm dan berat 48kg bagi lelaki (BMI:18.5 -24.9)
6.Ketinggian minima 155cm dan berat 42kg bagi perempuan (BMI:18.5 -24.9)
7.Tidak rabun warna.
8.Penglihatan yang baik tanpa cermin mata bagi Pegawai Kadet Dek.
9.Penggunaan cermin mata dengan had penglihatan tidak melebihi 200 (kuasa) bagi Pegawai Kadet Enjin.
10.Lulus proses temuduga.

Kursus yang Ditawarkan :
1. Pegawai Kadet Dek http://www.blogger.com/img/blank.gif(Diploma Pengajian Nautika)
2. Pegawai Kadet Kejuruteraan (Diploma Kejuruteraan Marin)

Faedah-faedah Ditawarkan :
Tajaan sepenuhnya meliputi ;
1.Yuran pengajian percuma
2.Buku
3.Elaun bulanan
4.Makan dan minum
5.Tempat tinggal
6.Pakaian seragam

Cara memohon :
Layari laman web ALAM www.alam.edu.my

Tarikh Tutup :
10 JANUARI 2010

Anda juga boleh menghubungi talian ALAM :
06-3882306 / 06-3882307 / 06-3882308

MINGGU TAUTAN SILATURRAHIM 2010





















Sempena kedatangan pelajar baru Tingkatan Satu dan kembalinya pelajar-pelajar Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan kali ini, UBK dengan kerjasama pihak sekolah sedang mengadakan Minggu Tautan Silaturrahim.

Aktiviti dikendalikan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Zeolotris yang diketuai oleh Sdra Mohd Syafik Syakri b. Yusof dan dibantu oleh rakan-rakan lain...

Program ini berlangsung bermula 3 hingga 6 Januari 2010. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang terlibat.