Alhamdulillah, pihak sekolah sangat bersyukur atas sumbangan tenaga dan idea daripada sekumpulan 33 orang mahasiswa Universiti Malaya-Kampus Nilam Puri. Tanggal 5 hingga 7 Februari menyasikan betapa bertuahnya pelajar-pelajar sekolah ini terutama calon-calon PMR tahun ini kerana terpilih untuk menyertai Program COMMIT'10.

Program selama tiga hari ini bertujuan membantu pelajar ke arah pembersihan rohani, minda dan sahsiah selain ke arah kecemerlangan mereka di dunia dan akhirat. Banyak pengisian dalam program ini telah memberikan impak yang sangat positif epada kalangan peserta. Sayangnya, saya tidak dapat bersama-sama dalam program ini kerana terikat dengan tugasan lain.

Apapun, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua fasilitator yang terlibat. Semoga Allah membalas segala jasa dan budi baik kalian, insyaALLAH...