BIASISWA PNB

Sebagai sebuah institusi pelaburan utama negara, kami percaya pelaburan dalam pendidikan adalah asas untuk melahirkan generasi cemerlang yang akan menjadi
pemimpin dan menyumbang kepada kesinambungan kemajuan negara.

Jika anda adalah calon lepasan SPM 2009, memiliki pencapaian akademik cemerlang, aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai keperibadian mantap serta berhasrat menyumbang kepada masyarakat dan negara, kami mempelawa anda untuk bersama-sama
kami.

PROGRAM DITAWARKAN (IJAZAH SARJANA MUDA)
• Perakaunan dan Kewangan
• Ekonomi
• Sains Aktuari
• Kejuruteraan
• Matematik dan Ekonomi
• Matematik dan Statistik
• Matematik dan Statistik (Kewangan)
• Undang-undang
• Teknologi Maklumat
* Pengajian di Universiti terkemuka United Kingdom

Untuk memohon dan maklumat lanjut sila layari laman web kami di www.pnb.com.my
(perniagaan>pendidikan>muat turun)
* Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi.

Tarikh tutup permohonan :
23 Mac, 2010

Tajaan Biasiswa Yayasan TM Malaysia


TM Malaysia menerusi Yayasan TM menawarkan biasiswa pendidikan yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan kategori yang telah ditetapkan. Berikut merupakan tawaran yang dikemukakan :

1. Biasiswa Persediaan Ke Luar Negara
2. Biasiswa Pra-Universiti / Program Alpha di Universiti Multimedia (MMU)
3. Biasiswa Ijazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA
4. Diploma di Universiti Multimedia (MMU)

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mac 2010

Sila klik pada ruangan pautan secara online pada sebelah kanan blog ini untuk permohonan.

PROGRAM TAJAAN JPA/MARA

Kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, berikut saya paparkan maklumat berkitan program tajaan JPA/MARA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2009 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini
adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan
ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan
seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2009; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

untuk memohon, layari website JPA yang terdapat pada pautan secara online yang disediakan pada blog ini.

KEPUTUSAN SPM 2009

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...
Apa lagi yang boleh saya katakan selain kalimah di atas...Syukur yang teramat sangat saya panjatkan kepada ALLAH S.W.T atas kurniaan-Nya... Sekali lagi kami di sekolah ini mendapat khabar gembira...SPM 2009 juga menunjukkan prestasi cemerlang...pencapaian 100%...PNGK sekolah juga hampir-hampir menepati sasaran 3.00 iaitu 3.04...

Bagi anda yang menunggu-nunggu pengumuman ini, Alhamdulillah...penantian dan debaran kita semua membuahkan hasil yang positif.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar, ibu bapa/penjaga, rakan-rakan guru, staf-staf sokongan dan pentadbir terutama Tuan Pengetua atas usaha gigih yang kita lakukan sepanjang tahun lepas. Semoga usaha ini akan bertambah positif dalam usaha kita meneruskan semangat mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN SESI 2010/2013

دار القرآن
جباتن كماجوان إسلام مالیسیا


DARUL QURAN merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ( JPA ) , mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran.

SISTEM PENGAJIAN
Kursus dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ). Anda akan dibimbing dan dilatih sebagai seorang Hafiz dan Hafizah yang mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran .Subjek yang ditawarkan meliputi bidang Pengajian Al-Quran, Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis dan Muamalat.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
i. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang belum berkahwin
ii. Berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak lebih 21 tahun.
iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran :
a. Bahasa Melayu
b. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/Pendidikan
Syariah Islamiah /Pendidikan Islam /Tasawwur Islam
c. Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab Komunikasi dan;
d. Lulus Bahasa Inggeris Atau;

Kelulusan yang diiktiraf yang setaraf dengan SPM .
Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana Maahad Tahfiz Negeri yang menyertai pengajian bersama Program Diploma Tahfiz di Darul Quran adalah tidak layak
memohon.

YURAN PENGAJIAN DAN ELAUN
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun Pengajian akan dipertimbangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk pelajar-pelajar Darul Quran.

CARA MEMOHON
Borang Permohonan secara dalam talian (Online) boleh
disi melalui laman Web :
i) http://www.islam.gov.my
ii) http://www.darulquran.gov.my
(Sila klik pada pautan permohonan yang telah disediakan pada sebelah kanan blog ini)

UJIAN DAN TEMUDUGA
Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk temuduga dan menduduki ujian bertulis. Sila bawa borang yang telah dicetak semasa temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2010.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Telefon : 03-60635333/03-60635350
Faks : 03-60645497
Email : pengambilan@darulquran.gov.my

MAKLUMAN
Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 1 Mei 2010 adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 dibuka pada 18Februari 2010 dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my bagi pemohon kategori berikut:
a. Lulusan SPM dan setaraf
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT

Iklan permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 disiarkan seperti butiran berikut;
Tarikh Akhbar
27 Feb 2010 (Sabtu) Borneo Post (Edisi Sabah & Sarawak)
28 Feb 2010 (Ahad) Metro Ahad (Edisi Nasional)
01 Mac 2010 (Isnin) Daily Express (Edisi Sabah)
07 Mac 2010 (Ahad) Mingguan Malaysia, Tamil Nesan dan Shin Chin Jit Poh (Edisi Nasional)

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT
Sesi Jun 2010 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
http://www.politeknik.edu.my
(sila klik pada bahagian Pautan Secara Online pada sebelah kanan blog ini)

Untuk mengakses e-B orang pemohon mesti menggunakan kombinasi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan Kad Pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor Kad Pengenalan atau MyKad pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit bermula dengan "40" dan diikuti empat angka yang lain sebelum meninggalkan kaunter BSN. Contoh No PIN : 401051

Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Jun 2010 dan November 2010 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya terlupa.


NOTA:
Setelah mengisi e-Borang, pemohon dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut:

1.Menghantar maklumat e-Borang dengan menekan butang "HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN" sehingga arahan mencetak butiran permohonan dipaparkan.

2.Cetak butiran permohonan sebagai dokumen pengesahan penghantaran. Sila simpan untuk rujukan.

3.Pindaan maklumat pada e-Borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan ulangi langkah di atas.

Tarikh Tutup Permohonan :
Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik KPT Sesi Jun 2010 ditutup pada 02 April 2010 (Jumaat).

Makluman :
Mulai Sesi Jun 2010 program peringkat sijil tidak lagi ditawarkan
di semua Politeknik.

Kursus yang perlu melalui tapisan temuduga :
Pemohon perlu melalui proses temuduga bagi program berikut:
Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) - Ujian bertulis & temuduga
Diploma Kej. Perkapalan (DKP) - Temuduga sahaja
Diploma Lanjutan - Temuduga sahaja

PROGRAM BIASISWA YAYASAN KHAZANAH NASIONAL

Yayasan Khazanah Nasional telah mula membuka permohonan untuk mendapatkan tajaan biasiswa bagi pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM. Tawaran yang diberikan adalah seperti berikut :

Foundation(Lepasan SPM)

Miniman 8A dalam SPM.
Usia tidak melebihi 18 tahun apabila tarikh tutup permohonan.


Undergraduate (Bachelor Degree)

Rakyat Malaysia berumur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2010.
Kelayakan akademik sekurang-kurangnya 3A & 1B bagi STPM atau GCE A-Levels atau minima CGPA 3.50/4.00 Pra-Universiti atau Program Foundation atau Program Matrikulasi.
Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan aktif dalam penyertaan aktiviti kokurikulum dan sukarelawan atau program kemasyarakatan.

Keterangan lanjut, layari laman web Yayasan Khazanah Nasional di www.khazanah.com.my atau klik terus ke website permohonan secara online yang telah disediakan pada sebelah kanan blog ini.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Mac 2010 ini.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1341 HIJRAH

Alhamdulillah, sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W tahun ini, SMKABP tidak ketinggalan untuk sama-sama memperingati baginda dengan meneruskan sunnah-sunnah baginda.

Pada Sabtu, 6 Mac 2010 yang lalu, program tersebut telah diadakan. Sebenarnya ianya diadakan selama seminggu dengan dimeriahkan dengan acra-acara pertandingan seperti berzanji, marhaban, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Oleh itu, kemuncak acara ialah pada hari Sabtu tersebut.

Acara dimulakan dengan perarakan selawat mengelilingi seluruh kawasan sekolah melibatkan semua guru dan pelajar yang berarak mengikut rumah sukan masing-masing. Meriah...memang meriah...

Acara disambung pula dengan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari SMK Seri Saujana...lupa pula saya nama beliau. Namun, yang lebih penting ialah sama-samalah kita memanfaatkan apa juga isi kandungan ceramah yang telah beliau sampaikan.

Akhir sekali, sama-samalah kita sentiasa menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai panduan dan idola kita semua sebagaimana sabda baginda :

"Tidak sempurna iman seseorang, sehinggalah aku lebih dicintainya..."

KAWAKIB MUMTAZAH SMA - PERJUMPAAN BERSAMA CALON-CALON SPM





Alhamdulillah, semalam (Khamis, 4 Mac 2010) telah diadakan perjumpaan antara pentadbir, guru-guru dan calon-calon SPM 2010 sekolah kita. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama bagi calon-calon ini.

Hasrat perjumpaan diadakan tidak lain tidak bukan adalah untuk kecemerlangan semua pelajar khasnya dalam aspek pencapaian akademik. Perjumpaan tersebut diharapkan dapat merapatkan lagi ukhwah antara semua guru dengan pelajar seterusnya menjadikan budaya pembelajaran yang selesa kepada semua pihak.

Apapun, semoga kita sentiasa muhasabah diri kita ke arah menjadikan kita sentiasa terbaik dalam segenap aspek. Moga apa juga usaha yang kita lakukan akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

KAWAKIB MUMTAZAH SMR - PERJUMPAAN BERSAMA CALON PMR 2010





"Selagi seorang pelajar adalah pelajar, maka tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan dalam segala aspek adalah menjadi tanggungjawab dirinya. Selagi seorang guru adalah guru, maka selagi itulah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu dan membimbing pelajar mencapai kecemerlangan dalam segala aspek."

Alhamdulillah, semalam (Isnin, 1 Mac 2010) selesai sudah perjumpaan Tuan Pengetua, pentadbir, semua guru yang mengajar tingkatan 3 termasuklah kami, guru-guru kaunseling. Pertemuan dengan semua calon PMR ini diadakan di Dewan Al-Falah, pada pukul 3.30 petang.

Matlamat pertemuan ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata untuk mencari jalan terbaik membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik mereka khasnya dalam PMR 2010 nanti. Harapan kami, kecemerlangan demi kecemerlangan dapat terus dicapai, bakat dan potensi diri pelajar dapat terus digilap, seterusnya kita semua menjadi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Semoga pertemuan semalam menjadi titik mula perubahan positif dalam kalangan semua pelajar. Tiada lagi yang mampu kami lakukan melainkan hanya yang terbaik, yang mampu kami lakukan untuk anak didik yang kami sayangi. Kepada Allah, kita meminta dan mohonkan pertolongan...insyaALLAH...yang berusaha akan mendapat...