Kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini, berikut saya paparkan maklumat berkitan program tajaan JPA/MARA untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PENAJAAN JPA DAN MARA BAGI TAHUN 2010 UNTUK LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2009


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2009 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini
adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan
ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan
seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31
Disember 2009; dan
c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit
kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

untuk memohon, layari website JPA yang terdapat pada pautan secara online yang disediakan pada blog ini.