Alhamdulillah, semalam (Khamis, 4 Mac 2010) telah diadakan perjumpaan antara pentadbir, guru-guru dan calon-calon SPM 2010 sekolah kita. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama bagi calon-calon ini.

Hasrat perjumpaan diadakan tidak lain tidak bukan adalah untuk kecemerlangan semua pelajar khasnya dalam aspek pencapaian akademik. Perjumpaan tersebut diharapkan dapat merapatkan lagi ukhwah antara semua guru dengan pelajar seterusnya menjadikan budaya pembelajaran yang selesa kepada semua pihak.

Apapun, semoga kita sentiasa muhasabah diri kita ke arah menjadikan kita sentiasa terbaik dalam segenap aspek. Moga apa juga usaha yang kita lakukan akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.