"Selagi seorang pelajar adalah pelajar, maka tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan dalam segala aspek adalah menjadi tanggungjawab dirinya. Selagi seorang guru adalah guru, maka selagi itulah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu dan membimbing pelajar mencapai kecemerlangan dalam segala aspek."

Alhamdulillah, semalam (Isnin, 1 Mac 2010) selesai sudah perjumpaan Tuan Pengetua, pentadbir, semua guru yang mengajar tingkatan 3 termasuklah kami, guru-guru kaunseling. Pertemuan dengan semua calon PMR ini diadakan di Dewan Al-Falah, pada pukul 3.30 petang.

Matlamat pertemuan ini tidak lain tidak bukan hanyalah semata-mata untuk mencari jalan terbaik membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik mereka khasnya dalam PMR 2010 nanti. Harapan kami, kecemerlangan demi kecemerlangan dapat terus dicapai, bakat dan potensi diri pelajar dapat terus digilap, seterusnya kita semua menjadi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Semoga pertemuan semalam menjadi titik mula perubahan positif dalam kalangan semua pelajar. Tiada lagi yang mampu kami lakukan melainkan hanya yang terbaik, yang mampu kami lakukan untuk anak didik yang kami sayangi. Kepada Allah, kita meminta dan mohonkan pertolongan...insyaALLAH...yang berusaha akan mendapat...