PROGRAM TAUTAN SILATURRAHIM PELAJAR TING. 1 AMBILAN KE-2










Pada 18 Januari lalu, seramai 86 orang pelajar tingkatan satu ambilan kali kedua telah mendaftar. Pengambilan ini adalah atas dasar mengisi kekosongan tempat yang masih ada di sekolah ini.

Namun demikian, perbezaan kali ini ialah semua calon yang berjaya ini telah melalui tapisan temuduga dan ujian terlebih dahulu yang diadakan pada 9 Januari 2010. Hal ini bertujuan mengelakkan lambakan pelajar yang tidak berminat masuk ke SMKA tetapi atas faktor tertentu, ditempatkan juga ke sekolah ini. Akhirnya, banyak pihak yang rugi.

Program Tautan Silaturrahim untuk semua pelajar baru ini juga dijalankan seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi pelajar ambilan pertama. Namun demikian, tempoh masa dipendekkan memandangkan pelajar lain telahpun memulakan aktiviti pembelajaran mengikut kelas masing-masing. Pada sebelah pagi, pelajar mengikuti P&P di dalam kelas seperti biasa. Aktiviti dimulakan pada sebelah petang dan malam.

Sekalipun tempoh aktiviti agak singkat, namun pengisian yang mantap tetap memberi impak yang berkesan. Semoga semua pelajar ini dapat menyesuaikan diri dengan iklim SMKABP sebaiknya ke arah menjadikan mereka lebih cemerlang nanti...InsyaALLAH...

PROGRAM MOTIVASI 'ONE STEP A HEAD'






Alhamdulillah, pada 9 Januari lalu, UBK telahpun selamat menjalankan Program Motivasi 'One Step A Head' untuk semua calon PMR, SPM & STPM 2010. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama En. Rafek b. Bapoothy daripada Saidina Smart Consultancy.

Harapan sekolah berdasarkan program ini, semua calon dapat memulakan sesi pembelajaran 2010 dengan azam dan semangat yang baru. Sasaran UBK juga ialah semua pelajar sekolah ini mendapat motivasi dalaman dan luaran secara istiqamah.

Besarlah harapan kami agar anak didik kami ini mampu menghasilkan kecemerlangan yang gemilang dalam semua aspek. InsyaALLAH...

PROGRAM KONSULTANSI KE IPT BAGI CALON SPM&STPM 2009

Alhamdulillah saya baru saja sekali lagi 'mengangkut' info-info IPT sempena Karnival Jom Masuk U anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Persada Johor. InsyaALLAH banyak lagi maklumat tambahan dapat saya kongsikan dengan semua warga SMKABP.

Kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM & STPM, anda dialu-alukan untuk datang ke UBK bagi mendapatkan info IPT. Kedatangan anda pada waktu ini pastinya dapat memberi gambaran awal kepada anda berkaitan peluang-peluang pengajian kelak. Lagipun,kedatangan anda memungkinkan lebih banyak tumpuan kepada anda dapat diberikan berbanding jika anda datang selepas keputusan peperiksaan keluar nanti.

Datang saja pada bila-bila masa, lebih elok secara berkumpulan. InsyaALLAH sedaya upaya kami cuba membantu.

AKADEMI LAUT MALAYSIA

Permohonan kemasukan ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) masih lagi dibuka hingga 10 Januari 2010 ini. Perhatian kepada semua calon SPM, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :

1.Permohonan adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM.
2.Belum berkahwin, lelaki atau perempuan , berusia tidak melebihi 23 tahun pada 13 Julai 2010.
3.Minima keputusan Percubaan SPM dengan kredit baik dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik/Matematik Tambahan dan Fizik.
4.Sihat dari segi fizikal dan mental.
5.Ketinggian minima 158cm dan berat 48kg bagi lelaki (BMI:18.5 -24.9)
6.Ketinggian minima 155cm dan berat 42kg bagi perempuan (BMI:18.5 -24.9)
7.Tidak rabun warna.
8.Penglihatan yang baik tanpa cermin mata bagi Pegawai Kadet Dek.
9.Penggunaan cermin mata dengan had penglihatan tidak melebihi 200 (kuasa) bagi Pegawai Kadet Enjin.
10.Lulus proses temuduga.

Kursus yang Ditawarkan :
1. Pegawai Kadet Dek http://www.blogger.com/img/blank.gif(Diploma Pengajian Nautika)
2. Pegawai Kadet Kejuruteraan (Diploma Kejuruteraan Marin)

Faedah-faedah Ditawarkan :
Tajaan sepenuhnya meliputi ;
1.Yuran pengajian percuma
2.Buku
3.Elaun bulanan
4.Makan dan minum
5.Tempat tinggal
6.Pakaian seragam

Cara memohon :
Layari laman web ALAM www.alam.edu.my

Tarikh Tutup :
10 JANUARI 2010

Anda juga boleh menghubungi talian ALAM :
06-3882306 / 06-3882307 / 06-3882308

MINGGU TAUTAN SILATURRAHIM 2010





















Sempena kedatangan pelajar baru Tingkatan Satu dan kembalinya pelajar-pelajar Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan kali ini, UBK dengan kerjasama pihak sekolah sedang mengadakan Minggu Tautan Silaturrahim.

Aktiviti dikendalikan oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Zeolotris yang diketuai oleh Sdra Mohd Syafik Syakri b. Yusof dan dibantu oleh rakan-rakan lain...

Program ini berlangsung bermula 3 hingga 6 Januari 2010. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua yang terlibat. video

AHLAN WA SAHLAN PELAJAR BARU SMKABP 2010





Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...
Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 SMKABP 2010. Tahniah kerana berjaya menempatkan diri di sekolah ini berdasarkan pencapaian cemerlang dalam UPSR 2009.

Ahad, 3 Januari 2010 menjadi hari bersejarah kepada mereka kerana mula mendaftar di SMKABP. Semoga kecemerlangan anda dapat terus digilap di sekolah ini...InsyaALLAH...

SELAMAT DATANG GURU BIMBINGAN & KAUNSELING BARU...


Alhamdulillah...mulai sesi persekolahan baru 2010 ini, SMKABP telah memperoleh seorang lagi Guru Bimbingan & Kaunseling (GBK) yang baru. Beliau ialah Pn. Siti Khadijah bt Mohmad Halid, graduan UPSI. Selamat datang diucapkan semoga UBK pada tahun ini lebih mantap dan lebih berkesan dalam memainkan peranan yang telah diamanahkan...