Alhamdulillah saya baru saja sekali lagi 'mengangkut' info-info IPT sempena Karnival Jom Masuk U anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Persada Johor. InsyaALLAH banyak lagi maklumat tambahan dapat saya kongsikan dengan semua warga SMKABP.

Kepada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM & STPM, anda dialu-alukan untuk datang ke UBK bagi mendapatkan info IPT. Kedatangan anda pada waktu ini pastinya dapat memberi gambaran awal kepada anda berkaitan peluang-peluang pengajian kelak. Lagipun,kedatangan anda memungkinkan lebih banyak tumpuan kepada anda dapat diberikan berbanding jika anda datang selepas keputusan peperiksaan keluar nanti.

Datang saja pada bila-bila masa, lebih elok secara berkumpulan. InsyaALLAH sedaya upaya kami cuba membantu.