Pada 18 Januari lalu, seramai 86 orang pelajar tingkatan satu ambilan kali kedua telah mendaftar. Pengambilan ini adalah atas dasar mengisi kekosongan tempat yang masih ada di sekolah ini.

Namun demikian, perbezaan kali ini ialah semua calon yang berjaya ini telah melalui tapisan temuduga dan ujian terlebih dahulu yang diadakan pada 9 Januari 2010. Hal ini bertujuan mengelakkan lambakan pelajar yang tidak berminat masuk ke SMKA tetapi atas faktor tertentu, ditempatkan juga ke sekolah ini. Akhirnya, banyak pihak yang rugi.

Program Tautan Silaturrahim untuk semua pelajar baru ini juga dijalankan seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini bagi pelajar ambilan pertama. Namun demikian, tempoh masa dipendekkan memandangkan pelajar lain telahpun memulakan aktiviti pembelajaran mengikut kelas masing-masing. Pada sebelah pagi, pelajar mengikuti P&P di dalam kelas seperti biasa. Aktiviti dimulakan pada sebelah petang dan malam.

Sekalipun tempoh aktiviti agak singkat, namun pengisian yang mantap tetap memberi impak yang berkesan. Semoga semua pelajar ini dapat menyesuaikan diri dengan iklim SMKABP sebaiknya ke arah menjadikan mereka lebih cemerlang nanti...InsyaALLAH...