PERHATIAN KEPADA CALON SPM & STPM 2010!! Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

•Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi akademik 2011/2012 adalah seperti berikut :

Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf
Ini terbahagi kepada dua iaitu :
1. Kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Peringkat Diploma
Dan Program Persediaan di IPTA Sesi Akademik 2011/2012 atau Ambilan
Julai 2011; dan
2. Kemasukan ke Program Sijil dan Diploma di Institusi Pendidikan Teknikal
& Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam
(ILKA)Ambilan Tahun 2011.

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
 Tarikh : 1 November 2010 – 31 Disember 2010
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
 Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN
 Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa FASA 2 – Pengesahan Permohonan
dan Pilihan Program Pengajian.
 Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang
 Secara Individu
 Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking
 Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011
 Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.

 Secara Pukal
 Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.
 Tarikh : 1 November 2010 – 30 November 2010
 Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Program Pengajian Lepasan STPM, STAM dan setaraf

• Ini merupakan permohonan kemasukan ke program pengajian lepasan STPM, STAM
dan setaraf di 18 buah universiti bagi Ambilan Julai 2011.
• USM mengendalikan sendiri proses permohonan kemasukan. Oleh itu permohonan
kemasukan ke USM perlu dibuat terus ke USM.
• Tarikh: 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN
• Nombor unik BSN wajib digunakan semasa membuat permohonan.
• Harga unik ID adalah RM 15.60 seorang.
• Secara individu
o Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking.
o Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011
o Salinan MyKad calon perlu dikemukakan

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA, TEVT DAN ILKA LEPASAN AKADEMIK 2011/2012 AMBILAN JULAI 2011

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT dan ILKA Lepasan SPM Sesi Akademik 2011/2012 Ambilan Julai 2011

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2011/2012 atau ambilan Julai 2011 bagi program pengajian lepasan SPM dan setaraf telah dibuka mulai hari ini 1 November 2010.

Fasa
Memandangkan jumlah pemohon yang tinggi dari kalangan lepasan SPM, proses permohonan telah dilaksanakan dalam dua fasa iaitu;

•Fasa 1
Pendaftaran Maklumat Pemohonan – 1 November 2010 – 31 Disember 2010

•Fasa 2
Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian – 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Nombor Unik ID
•Nombor unik ID BSN diperlukan semasa membuat pengesahan permohonan di Fasa 2. Nombor unik ID ini boleh dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 10 Januari 2011. Nombor ini boleh juga dibeli melalui Perkhidmatan Perbankan Pesanan Ringkas BSN (SMS Banking) atau mesin ATM bagi mereka yang memiliki akaun GIRO BSN.
•Pemohon boleh juga membeli nombor unik ID ini melalui sekolah mulai 1 November sehingga 30 November 2010, pihak sekolah akan membelinya secara pukal di BSN.

Kategori
Permohonan ke IPTA bagi lepasan SPM terbahagi kepada 4 kategori iaitu;

•Kategori A
Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2010 sahaja.

•Kategori B
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2008 atau 2009.

•Kategori C
Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2007 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.

•Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM 2009 atau, dan sijil ulangan SPM 2010 atau, SPM 2009 dengan sijil ulangan SPM 2010.

Program Pengajian
Program pengajian yang boleh dipohon bagi lepasan SPM adalah

•Di IPTA
◦Program Persediaan – Asasi
◦Diploma
•Di TEVT dan ILKA
◦Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
◦Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
◦Diploma

Permohonan
•Permohonan secara online boleh di buat melalui laman web
◦Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012 FASA 1
◦Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT & ILKA Bagi Program Pengajian SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012 FASA 2 – Akan dibuka mulai 10 Januari 2011.
•Hanya satu permohonan dan tiga kali pengemaskinian dibenarkan bagi setiap pemohon.
Tarikh Tutup
•Permohonan kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA bagi lepasan SPM ini akan ditutup pada 31 Disember 2010 bagi Fasa 1 dan 4 April 2011 bagi Fasa 2.

Maklumat
•Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
•Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan.
•Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
•Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Sesi Akademik 2011/2012 sila hubungi Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
•Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.

Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya 2010

Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya 2010