SESI DISKUSI KE IPTA






Selepas mendapat keputusan yang cemerlang, sudah tentu langkah seterusnya adalah memilih kursus untuk IPTA nanti. Alhamdulillah, keputusan pelajar-pelajar ini memudahkan saya membantu mereka memilih jurusan yang sesuai berdasarkan minat, kelayakan akademik dan peluang kerjaya pada masa depan.

Harapan saya, calon-calon SPM juha nanti dapat berjumpa kami terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara online. Keadaan ini bagi mengelakkan kita daripada memilih jurusan yang kurang bersesuaian dengan kelayakan akademik kita memandangkan cabaran semasa sekarang ini memerlukan kekuatan akademik yang kukuh.

WAJAH-WAJAH CEMERLANG STPM 2010





LONJAKAN SAUJANA STPM SMKABP 2009!!!

ALHAMDULILLAH... Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan-Nya...
25 Februari 2010 menjadi saksi bahawa SMK Agama Bandar Penawar mendapat ANUGERAH LONJAKAN SAUJANA bagi pencapaian STPM 2009.

Tahniah dan terima kasih buat semua rakan guru dan staf yang telah sama-sama menjayakan semua program sekolah. Tahniah juga diucapkan kepada semua calon STPM kerana pada akhirnya, hasrat dan impian kalian menjadi nyata.

Buat pelajar yang lain terutama calon SPM 2009, banyakkan berdoa mudah-mudahan kecemerlangan terus memihak kepada kita selanjutnya mengetepikan pandangan serong orang lain kepada sekolah kita.

2009 nampaknya memihak kepada kita...PMR dengan peningkatan jumlah pelajar mendapat 9A, STPM dengan Lonjakan Saujana...nantikan saja SPM nanti...mudah-mudahan Allah memberi peluang kepada kita semua...

Pelajar-pelajar lain, jadikan kejayaan rakan-rakan anda sebagai pembakar semangat kepada kita semua ke arah menjadikan SMKABP sebagai SEKOLAH UNGGUL 2010!!!

PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2009!!!

Tengah hari semalam saya mendengar berita bahawa keputusan STPM 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini iaitu pada hari Khamis. Oleh yang demikian, kepada 7 orang calon SMKABP yang berkenaan, banyakkan berdoa agar apa yang kita idam-idamkan menjadi kenyataan... Jumpa nanti di sekolah... Anda sangat dialu-alukan untuk datang berdiskusi bersama kami di Bilik Kaunseling...

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TAUTAN KASIH DAN LAMAN BLOG KAUNSELING






Alhamdulillah...akhirnya Program Tautan Kasih dan Laman Blog Kaunseling ini selamat dilancarkan. Walaupun pada asalnya majlis sepatutnya diadakan semalam, 8 Februari 2010, namun disebabkan Pn. Hjh Maimunag bt A. Rahman, Tuan Pengetua terpaksa menghadiri mesyuarat di Simpang Renggam, maka atas inisiatif beliau sendiri, majlis telah ditunda kepada hari ini.

Sekalung pernghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan semua pentadbir, guru-guru dan semua pelajar atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Terima kasih juga kepad rakan-rakan GBK iaitu Ustaz Mohd Arifin Zainal dan Ustazah Siti Khadijah bt Mohmad Halid atas kerjasama menjayakan majlis ini.

Tidak ketinggalan ialah PRS yang paling banyak membantu UBK dalam menjayakan semua program UBK termasuk majlis ini. Tanpa bantuan dan sokongan kalian, pasti program yang diatur tidak dapat dilaksanakan dengan teratur dan jaya. Alhamdulillah...terima kasih sekali lagi...semoga jasa anda membawa keberkatan ke arah kejayaan anda di dunia dan akhirat...insyaALLAH...

PERMOHONAN KE INSTITUT PERGURUAN BAGI CALON SPM 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Tempoh : Lima Tahun Enam Bulan
(Termasuk Satu Tahun Enam Bulan Kursus Persediaan)
Mod Kursus : Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas
28 Jun 1990.
2.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian
dalam tiga mata pelajaran berikut :
2.5.1 Bahasa Melayu
2.5.2 Sejarah
2.5.3 satu mata pelajaran yang lain serta;
2.5.4 lulus Bahasa Inggeris
2.6 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk
e-Panduan Permohonan)

3. MAKLUMAT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
3.1 Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru
(IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
3.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama satu
tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.3 Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut
Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.
3.4 Bdang pengkhususan yang ditawarkan:
3.4.1 Sekolah Kebangsaan (SK)
1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Arab Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah


3.4.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
1. Pendidikan Prasekolah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Cina Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah


3.4.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
1. Pendidikan Prasekolah Pendidikan Rendah
2. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
3. Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah
4. Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
5. Matematik Pendidikan Rendah
6. Sains Pendidikan Rendah
7. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
8. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah
9. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
10. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
11. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
12. Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
13. Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
14. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
15. Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

4. CARA MEMOHON
4.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari
laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat :
http://www.moe.gov.my mulai 08 Februari 2010.(Sila klik pada bahagian
Permohonan Secara Online yang terdapat dalam laman blog ini)
4.2 Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan
Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seleuruh
negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran
kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
4.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan
maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti
sebelum membuat permohonan.
4.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
4.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran
kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan
tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat
sebelum tarikh tutup permohonan.
4.6 Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan
ditolak.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 MAC 2010

6. Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan
permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1245/1243/1235/1229/1228

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1 Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah
Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
7.2 Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada
kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan
keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan aalah muktamad.
7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang
pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana
Institut Pendidikan Guru (IPG).
7.4 Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa
untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
7.5 Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala
perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon
sendiri.
7.6 Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di
IPG.

8. PENDAFTARAN
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG) pada 28 Jun 2010 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

10. BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (PISMP)
Bentuk Pengajian :
Pengajian Persediaan Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 1 Tahun 6 Bulan
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 Tahun

KEMAS KINI MAKLUMAT PERMOHONAN KE KOLEJ MATRIKULASI

Perhatian kepada semua calon SPM 2009, anda boleh mula mengemas kini maklumat permohonan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mulai semalam, 8 Februari 2010. Pastikan bahawa semua maklumat yang dikehendaki lengkap diisi dan tepat. Pautan ke website tersebut telah disediakan dalam blog ini. Sila ke bahagian Pautan Online untuk mengakses laman web tersebut.

COMMIT'10-Program Bersama Mahasiswa Universiti Malaya Kampus Nilam Puri






Alhamdulillah, pihak sekolah sangat bersyukur atas sumbangan tenaga dan idea daripada sekumpulan 33 orang mahasiswa Universiti Malaya-Kampus Nilam Puri. Tanggal 5 hingga 7 Februari menyasikan betapa bertuahnya pelajar-pelajar sekolah ini terutama calon-calon PMR tahun ini kerana terpilih untuk menyertai Program COMMIT'10.

Program selama tiga hari ini bertujuan membantu pelajar ke arah pembersihan rohani, minda dan sahsiah selain ke arah kecemerlangan mereka di dunia dan akhirat. Banyak pengisian dalam program ini telah memberikan impak yang sangat positif epada kalangan peserta. Sayangnya, saya tidak dapat bersama-sama dalam program ini kerana terikat dengan tugasan lain.

Apapun, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua fasilitator yang terlibat. Semoga Allah membalas segala jasa dan budi baik kalian, insyaALLAH...