Alhamdulillah, sempena ulangtahun kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W tahun ini, SMKABP tidak ketinggalan untuk sama-sama memperingati baginda dengan meneruskan sunnah-sunnah baginda.

Pada Sabtu, 6 Mac 2010 yang lalu, program tersebut telah diadakan. Sebenarnya ianya diadakan selama seminggu dengan dimeriahkan dengan acra-acara pertandingan seperti berzanji, marhaban, tadarus Al-Quran dan sebagainya. Oleh itu, kemuncak acara ialah pada hari Sabtu tersebut.

Acara dimulakan dengan perarakan selawat mengelilingi seluruh kawasan sekolah melibatkan semua guru dan pelajar yang berarak mengikut rumah sukan masing-masing. Meriah...memang meriah...

Acara disambung pula dengan ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari SMK Seri Saujana...lupa pula saya nama beliau. Namun, yang lebih penting ialah sama-samalah kita memanfaatkan apa juga isi kandungan ceramah yang telah beliau sampaikan.

Akhir sekali, sama-samalah kita sentiasa menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai panduan dan idola kita semua sebagaimana sabda baginda :

"Tidak sempurna iman seseorang, sehinggalah aku lebih dicintainya..."