Tips Pembelajaran

PEMBINAAN MATLAMAT

Anda telah punya matlamat? Belum lagi...? Mmm... seharusnya kita telahpun menetapkan apakah sasaran hidup kita.

Sebenarnya matlamat dan cita-cita adalah perkara yang sama. Setiap daripada kta tentu mempunyai matlamat masing-masing yang ingin dicapai.

Apakah kepentingan mempunyai matlamat?
Sudah tentu jawapannya adalah untuk memastikan hidup kita mempunyai haluan. Tidak timbullah nanti soal hilang arah tuju. Matlamat penting dalam memastikan setiap detik usia yang kita lalui ini mempunyai arah dan memberi manfaat sama ada kepada diri kita sendiri mahupun kepada orang lain.

Bagaimana membentuk matlamat?

Matlamat boleh dibentuk berdasarkan kesesuaian kepada perkara-perkara berikut :

  • kemampuan dan keupayaan diri
  • keperluan
  • kesesuaian dengan masa dan tempat
  • faedah yang diperoleh ; sama ada lebih membawa kebaikan atau sebaliknya
  • persekitaran sama ada secara fizikal, material mahupun sumber manusia yang boleh membantu kita
  • jangka masa sesuatu matlamat ingin dicapai dan boleh dicapai

Walau bagaimanapun, sesuatumalamat itu seharusnya realistik dengan diri kita. Biarlah kita bermula dengan sesuatu yang kecil, tetap kemudiannya usaha ditambah ke arah pencapaian yang lebih besar.

Apapun, sesuatu matlamat itu seharusnya diiringi dengan Doa - Usaha - Istiqamah - Tawakkal kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa berusaha mengubah diri daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada yang lebih baik kepada yang terbaik, insyaALLAH...

"Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 Untuk Lepasan STPM 2010

Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2011/2012 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010 (STPM) kini dibuka. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

Kategori
Permohonan bagi Lepasan STPM 2010 ini dibahagikan kepada dua kategori;
Kategori A – Aliran Sastera STPM 2010
Kategori S – Aliran Sains STPM 2010
Lepasan STPM bagi tahun 2009 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma.

Syarat Kemasukan
Permohon Lepasan STPM 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain;
(...)
Read the rest of Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan STPM 2010 (438 words)"

"Kalendar Akademik IPTA Sesi 2011/2012, Sesi 2012/2013, Sesi 2013/2014

Perancangan tahunan ramai pihak terutama pelajar dan warga universiti tempatan akan terbabit secara langsung bermula tahun ini apabila Kementerian Pengajian Tinggi membuat penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Penyelarasan kalendar akademik IPTA ini akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Tujuan Penyelarasan Sesi Akademik

Di antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa bagi membolehkan program mobiliti akademik dilaksanakan secara lebih efektif.
Dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar universiti tempatan perlu didedahkan kepada senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.
Sebagai contoh pendedahan melalui Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik untuk mendedahkan pelajar-pelajar kita kepada amalan luar. Namun peluang ini tidak dapat dimanfaatkan oleh pelajar tempatan disebabkan ketidaksamaan jadual dengan universiti di kedua-dua negara itu yang memulakan kalendar sesi akademik pada bulan September setiap tahun, menyamai amalan negara-negara maju."

Minggu Tautan Silaturrahim Pelajar Ting. 1 dan 4 sesi 2011

Pada 2 hingga 5 Januari 2011, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Bandar Penawar telah menganjurkan Minggu Tautan Silaturrahim (Minggu Orentasi) bagi pelajar tingkatan 1 dan 4. Matlamat program ini dijalankan adalah untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan dan memiliki daya juang yang tinggi dalam menghadapi kehidupan dan cabaran di sekolah ini.

Program ini dilaksanakan oleh Kaunselor bersama-sama Pembimbing Rakan Sebaya (PRS VIRTUOSO 2010/2011). Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ice Breaking, Oreintasi Asrama, Lawatan ke Tanjung Balau dan bermacam-macam lagi.

Pada masa ini, pelajar telah memberikan respon yang terbaik dan memberikan kerjasama yang cemerlang. Semoga program ini dapat diteruskan dengan penambah baikan pada masa akan datang oleh pelapis-pelapis PRS yang akan datang. kerjasama dari anda sangat kami hargai..

Selamat Datang ke SMKABP!!!!

Tahniah dan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru tingkatan 1 yang baru mendaftar di sekolah ini.
Tahniah kerana anda dipilih dan terpilih untuk memasuki sekolah ini. Sesungguhnya anda sangat istimewa dan gunakan ruang dan peluang yang ada untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan untuk diri, keluarga dan sekolah.. Insyaallah JIKA ANDA BERUSAHA ANDA PASTI BERJAYA!!!